BIGBANG tetap setia bersama YG Entertainment

Kesemua ahli BIGBANG termasuklah G-Dragon, Taeyang, T.O.P dan Daesung telah memperbaharui kontrak bersama YG Entertainment. YG turut mengesahkannya dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkannya pada pagi tadi.

Sejak BIGBANG memulakan langkah baru di dalam industri kpop pada tahun 2006, ini kali ketiga mereka berbuat demikian. Walaupun YG dan BIGBANG dihimpit dengan berbagai-bagai kontroversi termasuklah Seungri yang diarahkan keluar daripada BIGBANG sebelum ini kerana skandal Burning Sun, namun mereka tetap setia bersama di bawah satu bumbung yang sama. Kesemua ahli BIGBANG sedia ada telah pun selesai menjalani latihan khidmat ketenteraan, maka mereka tak terikat dengan mana-mana kekangan yang membataskan aktiviti mereka sebagai ahli BIGBANG.

BIGBANG dijangka akan membuat  kemunculan semula pada tahun ini juga.

Sumber: sport chosun

loading...