Lee Si Young, pelakon merangkap pemain tinju sepenuh masa, menunjukkan hasil kerja kerasnya membina badan demi sukan tinju yang dminatinya dengan memaparkan gambarnya bertubuh sasa di dalam laman instagram.
“Terima kasih kerana kirimkan pertanyaan. Saya sangat gembira sepanjang lapan bulan yang lalu dan teruja untuk berkongsi gambar-gambar ini dengan korang,” kata Lee Si Young.
Drama terakhir lakonan Lee Si Young ialah KBS Liver or Die / What’s Wrong, Poong-Sang dan beliau akan membintangi drama terbaru terbitan Netflix, Sweet Home di samping Song Kang dan Lee Jin Wook yang dijadualkan tayangannya menjelang 2020 ini.
Sumber: instagram