Ex teman wanita dakwa dikecewakan; Jang Moon Bok LIMITLESS tuntut mahu adakan seks dengannya walaupun dia penat sangat

Seseorang yang mengaku dirinya sebagai teman wanita Jang Moon Bok telah membuat pengakuan secara besar-besaran di suatu laman komuniti forum. Dia mendakwa Jang Moon Bok telah mengecewakannya sepanjang mereka menjalani hubungan cinta bersama dengan kadangkala permintaan seks dibuat ketika dia tengah keletihan.

“Aku bekas teman wanita Jang XXXX Bok. Aku menjalani hubungan dengan Moon Bok sejak akhir Oktober lalu sehinggalah kami putus hubungan pada hari ini. Kami bertemu ketika minum bersama dengan kenalan lain pada awal Oktober lalu,” kata wanita itu. Ketika kenalan lain keluar sekejap, Moon Bok tiba-tiba duduk bersebelahan dengannya dan menawarkan untuk mengikat tali kasutnya. Kemudian, dia mendakwa Moon Bok bersandar menggunakan bahunya dan mendakap tubuhnya lalu membawa kepada permulaan hubungan mereka yang seterusnya. Dia berkata Moon Bok langsung tidak membuat permohonan maaf di atas perbuatan tersebut.

Di dalam suatu pertemuan lain (menerusi AirBnB) di mana mereka hanya berdua-duaan bersama, wanita itu berkata, “Moon Bok mahu aku ciumnya, malah dia mahu buat seks juga. Aku cakap aku tak mahu seks kalau kita tak ‘dating’ lagi. Jadi dia pun cadang kami ber’dating’ juga hari itu dan aku turuti kehendaknya. Ketika aku tengah penat, dia tetap mahu mengeseks juga,dan jika tak dituruti, dia tak berasa gembira.” Wanita itu mengaku Moon Bok seringkali menuntut wang saku daripadanya.

Sehinggalah pada satu hari ketika dia sedang menyelongkar telefon bimbit milik Moon Book, dia berasa telah dikecewakan (cemburu) apabila mendapati Moon Bok sanggup memberikan hadiah kepada kenalan-kenalan wanita lain sewaktu sambutan hari jadi mereka, namun dia hanya menyambutnya dengan kek saja. “Moon Bok kata dia hanya jemput aku ke konsert LIMITLESS pada hari Natal tetapi aku ternampak mesej Kakaotalk dia jemput semua kenalan wanita itu ke konsertnya,” dakwa wanita itu lagi. Dia turut mengusir Moon Bok dari rumahnya setelah mendapati hubungan mereka tidak boleh lagi diteruskan.

Agensi ONO mengeluarkan kenyataan bahawa Jang Moon Bok memang pernah menjalani hubungan dengan wanita tersebut tetapi ianya hanya berlangsung selama tiga hingga empat bulan saja, dan meminta jasa baik peminat untuk menghormati privasi artis jagaan mereka.

Jang Moon Bok kemudiannya mengeluarkan kenyataan berasingan di laman instagram-nya lalu berkata, “Ya, kami selalu sangat bergaduh. Segala sangkaan buruk dan kekangan yang kualami, berserta dengan kenangan indah bersama. Lukanya aku akan simpan buat sementara. Kau tak patut keterlaluan sampai begitu hanya kerana sukakan pada aku. Nampaknya kita tiada lagi hubungan. Walaupun aku pernah sukakan kau, tapi aku takkan lagi maafkan kau.”

Jang Moon Bok merupakan ahli kumpulan kpop baru, LIMITLESS. Beliau pernah menyertai Produce 101 musim ke-2 pada tiga tahun yang lalu.

Sumber: chosun ilbo, donga

loading...