5 seleksi drama Korea terbaru buka tirai tayangan Januari 2020

Annyeong Yorobun, Chinguyaa,

Gais, 2020 is coming in few days time. Cepat sungguh masa berlalu kan. Bagaimana tahun 2019 korang? Harap-harap impian korang dah tercapai. Jadi, apa pula harapan korang untuk 2020? Well, gais Happy New Year 2020 in advance. May this year bring new happiness, new goals, new achievements and a lot of new inspirations on your life, gais! 

Apapun juga, drama Korea tetap bersiaran seperti biasa dengan pelbagai seleksi dan genre. Sesi marathon KDrama juga masih lagi tetap berterusan seperti biasa. Bagaimana pula perjalanan drama Korea untuk tahun 2020 kelak? Yang pasti ramai peminat yang menantikan kemunculan semula pelakon yang sepi seketika ekoran urusan keluarga atau jalani khidmat tentera dan sentuhan pengarah serta penulis yang bertaraf bintang.

Well, ada 5 buah drama Korea terbaru yang akan buka tirai tahun 2020. Mungkin ada diantaranya akan menjadi pilihan korang. So, let’s check it out the list.

1. Touch (Channel A)

“Touch” yang bergenrekan rom-com mengisahkan seorang makeup artis yang kemudian menganggur dengan bebanan hutang dan seorang pelatih idol yang gagal untuk debut setelah bergelar pelatih selama 10 tahun. Apabila keduanya bertemu, mereka mula mengejar impian mereka sekali lagi dan akhirnya saling jatuh cinta.

Joo Sang Wook akan membawakan watak sebagai Cha Jung Hyuk, seorang makeup artis professional. Cha Jung Hyuk digambarkan seorang yang mempunyai daya tarikan serta bekerja keras untuk kesempurnaan hasil kerjanya. gila kerja (workaholic).

Kim Bo Ra pula membawakan peranan Han Soo Yeon, seorang pembantu makeup artis yang dahulunya merupakan seorang pelatih idol selama 10 tahun. Han Soo Yeon sepatutnya debut menerusi sebuah program ujibakat setelah lama bergelar pelatih, namun disebabkan satu insiden memaksanya meninggalkan kerjaya sebagai idol. Han Soo Yeon juga mahir dalam bidang solekan sehingga buat keputusan untuk menjadikan solekan sebagai kerjaya dan permulaan yang baru.

Watak lakonan Han Da Gam sebagai Baek Ji Yoon dijangka akan memikat perhatian ramai apabila membawakan peranan seorang pelakon kelas A yang tampil elegant dan menaruh perasaan terhadap Cha Jung Hyun. Manakala Lee Tae Hwan akan memainkan bintang kelas dunia Kang Do Jin. Walaupun digambarkan seorang yang memiliki daya tarikan dan penampilan yang luar biasa, apabila Kang Do Jin mulai jatuh cinta, dia akan memperlihatkan sisi comel yang selama ini tidak pernah dipertontonkannya.

“Touch” akan menemui penonton di Channel A mulai 3 Januari depan bagi mengisi slot drama Jumaat dan Sabtu. Korang juga boleh menonton drama “Touch” menerusi aplikasi KPlus mulai 4 Januari, setiap Sabtu-Ahad jam 9.15 malam. Drama ini akan disiarkan dalam tempoh 24 jam selepas tayangannya di Korea. Kepada pelanggan Astro yang melanggan Korean Pack, korang boleh tonton drama ini menerusi Astro Go. 

2. Romantic Doctor Kim musim 2 (SBS)

“Romantic Doctor Kim” adalah kisah “doktor sebenar”  di sebuah hospital kecil yang dipanggil Hospital Dol Dam. Ia menceritakan tentang mereka yang bertemu dengan Kim Sa Bu (Han Suk Kyu), seorang doktor genius, dan menemui “cinta sebenar.” Musim kedua ini dijangka mempunyai lebih banyak cerita yang menarik, deep lines, komedi, dan kesedihan daripada musim pertama.

Han Suk Kyu memegang watak yang sama, Dr. Kim Sak Bu yang menjadi mentor kepada doktor-doktor yang baru bertugas dalam pembedahan. Dalam musim pertama sebelum ini, Dr. Kim Sak Bu seorang yang dikenali dengan perangai esentrik dan kurang beradab, telah dibuang kerja sehingga terpaksa bekerja di hospital pedalaman. Walaubagaimanapun, dengan bakatnya yang hebat, beliau telah berjaya menarik ramai pesakit ke sana, serta secara tak langsung mendidik dan menjadi inspirasi buat ketiga-tiga orang doktor pelapis baru lakonan Seo Hyun Jin, Yoo Yeon Suk dan Yang Se Jong yang kemudiannya mengikut rentaknya bekerja. Lakonan Han Suk Kyu telah mendapat kritikan positif sehingga meraih pencalonan Best Actor di 6th CARI Kdrama Awards dan Baeksang Art Awards.

Han Suk Kyu akan dibantu oleh Lee Sung Kyung dan Ahn Hyo Seop. Ahn Hyo Seop akan memainkan watak Kim Woo Jin, seorang doktor bedah ditahun pertamanya. Kim Woo Jin memiliki sikap sinis dan skeptikal tentang segala perkara dan tidak rapat dengan rakan-rakannya, namun dia selalu mendapat pujian para profesor kerana penuh konsentrasi dan berketerampilan ketika menjalankan pembedahan. Sesetengah berpendapat bahawa Kim Woo Jin mempunyai kecenderungan menjadi psikopat, tetapi dia secara peribadi percaya bahawa semua itu adalah sifat semula jadi pakar bedah yang hebat.

Manakala, Lee Sung Kyung membawakan watak Cha Eun Jae, yang merupakan ahli kardiosurgeri tahun kedua dijabatan tersebut.  Sejak diusia muda lagi, Cha Eun Jae digelar genius sehinggakan dia berada dilandasan elit di mana kiri dan kanannya memuji serta meletakkan harapan kepadanya. Walaupun segala-galanya kelihatannya mudah dan jelas seperti dalam buku teks, namun Cha Eun Jae tetap pegun apabila melangkah ke bilik pembedah. Keadaan mulai berubah apabila dia diletakkan di bawah pengurusan mentornya yang akan dilakonkan oleh Han Suk Kyu.

“Romantic Doctor Kim” Musim 2 akan bersiaran di  ONE TV ASIA, Ch 393 mulai 7 Januari depan, jam 8.30 malam bagi menggantikan drama “VIP” untuk mengisi slot drama Selasa-Rabu. 

3. Money Game (tvN)

tvN Money Game akan memaparkan satu gambaran fiksyen tentang apa yang berlaku sekiranya terjadi krisis IMF untuk kali kedua Korea. Plot tersebut mengkhususkan keadaan sebuah institusi pelaburan utama, People’s Bank yang dimiliki 50% sahamnya oleh kerajaan (ala-ala KWSP di Malaysia), hampir runtuh apabila berlakunya pergaduhan antara dua pihak di dalam institusi tersebut di mana satu pihak tersebut mahu melabur di dalam agensi antarabangsa berbanding memfokuskan pada pelaburan tempatan. Choi Min Ki, pengarah bahagian Kewangan Antarabangsa, bertindak memasukkan berbilion dolar ke dalam sebuah agensi pelaburan yang bertempat di Bahamas tanpa persetujuan oleh Heo Jae, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Korea.

Go Soo pula sebagai Chae Yi Heon seorang pegawai ekonomi rasmi kerajaan yang menyembunyikan fakta latar belakangnya yang berasal dari keluarga yang berada kerana ingin dikenali atas kapasiti kebolehannya sendiri. Manakala, pemenang Best Supporting Actor 3rd CARI Kdrama Awards, Lee Sung Min, akan memainkan watak Heo Jae, seorang pengerusi yang bercita-cita tinggi yang akan melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya dan Shim Eun Kyung memegang watak Lee Hye Joon, seorang pegawai baru yang bekerja di bahagian Kewangan Antarabangsa. Tugas kumpulannya adalah untuk memastikan pengurusan pelaburan tersebut berjalan dengan baik dan mempunyai semangat serta moral yang tinggi.

PD Kim Sang Ho (MBC “Hwajung”, “Arang and the Magistrate”) sebagai pengarah yang dipertanggungjawab untuk projek drama ini. “Money Game” akan bersiaran di tvN mulai 15 Januari depan bagi menggantikan drama “Psychopath Diary” pada setiap Rabu dan Khamis. Berkemungkinan besar, drama ini akan ditayangkan di tvN Asia bagi mengisi slot drama Khamis dan Jumaat.

4. The Game: Towards Zero (MBC)

“The Game : Towards Zero” merupakan sebuah drama bertemakan misteri melodrama menceritakan tentang seorang individu yang boleh melihat kematian dan seorang detektif yang kini dalam proses menyiasat kematian misteri serta bagaimana kedua mereka akan bekerjasama untuk mendedahkan kebenaran.

Taecyeon 2PM akan memegang watak utama Kim Tae Pyung, seorang lelaki yang memiliki keistimewaan serta kebolehan untuk melihat saat kematian orang lain.

Lee Yeon Hee pula akan membawakan watak Seo Joon Young, seorang detektif polis yang bertugas di balai polis Yongsan. Joon Young  digambarkan seorang yang penyabar, berwawasan, dan penuh kesopanan. Sungguhpun begitu, beliau tetap mempamerkan karismanya dengan penuh keyakinan sebagai seorang detektif semasa menjalankan tugas.

Im Joo Hwan memainkan peranan Goo Do Kyung, pemeriksa perubatan di Perkhidmatan Forensik Kebangsaan. Dia seorang lelaki yang sangat hebat dan dikenali sebagai seseorang yang akan mendapatkan keputusan bagi setiap kes  dalam tempoh empat  minggu. Goo Do Kyung seorang yang perfectionist sehingga menjadikannya seorang yang sukar didekati biarpun senyuman sentiasa terukir dimukanya.

“The Game : Towards Zero” merupakan gandingan kedua Ok Taecyeon dan Lee Yeon Hee selepas bekerjasama dalam filem “Marriage Blue” pada tahun 2013.

Drama ini akan diarahkan oleh  PD Jang Jun Ho (Time, Begin Again) dan skripnya dihasilkan oleh penulis Lee Ji Hyo  (King of Dramas). “The Game : Towards Zero” ini bakal bersiaran di Oh!K TV Ch 394 bagi menggantikan drama “People With Flaws” mulai 23 Januari, setiap Khamis-Jumaat jam 7.50 malam. 

5. Itaewon Class (JTBC)

“Itaewon Class” adalah adaptasi daripada webtoon popular yang menggunakan nama sama, berkisarkan tentang seorang anak lelaki yang dipertanggungjawabkan mengendalikan restoren terkemuka setelah bersusah payah menghadapi cabaran dalam kerjaya akibat kematian bapanya. Drama ini juga mengisahkan sekumpulan anak muda yang memberontak dan bangkit untuk menentang ketidak-adilan dalam dunia dan memulakan perniagaan makanan di Itaewon.

Park Seo Joon memegang watak utama drama sebagai Park Sae Roy, seorang anak muda yang penuh bersemangat dan bercita-cita untuk menjadi usahawan dalam bidang makanan. Park Sae Roy bermula sebagai junior di tempat kerjanya tak boleh menerima ketidakadilan yang berlaku terutamanya kematian melibatkan ayahnya, mendesaknya untuk menubuhkan restoren sendiri di lorong Itaewon. Penubuhan restoren baru itu telah menggugat kewujudan syarikat pemakanan yang lebih besar iaitu, Zhangji apabila masing-masing terpaksa bersaing di dalam industri katering di daerah Itaewon tersebut.

Pelakon Kim Da Mi yang memegang watak Yoo Ji Seo  seorang sosiopath yang sangat bijak kerana pandai menggunakan kelebihannya sebagai ‘influencer’ di media sosial dan juga kemahiran ‘blogging’-nya untuk mengubah persepsi netizen terhadap dirinya. Kwon Nara pula melakonkan watak kekasih pertama Park Sae Roy, Oh Soo Ah, seorang yang sangat berdedikasi dalam kerjayanya dan kini bekerja dengan syarikat pesaing bagi Park Sae Roy. Manakala Yoo Jae Myung membawa watak CEO syarikat katering besar, ‘Zhangji ‘ bernama Jang Dae Hee, seorang ahli perniagaan yang dingin dan sentiasa Park Sae Roy sebagai saingan dalam industri yang sama.

David Lee akan membawakan watak sebagai Lee Ho Jin, yang bekerja dengan Park Sae Roy (Park Seo Joon) dalam perniagaan barunya itu. Lee Ho Jin dan Park Sae Roy merupakan kawan yang telah membuat perancangan untuk berjaya bersama-sama. David Lee telah menunjukkan aura yang hebat dalam episode 9 drama “Hotel Del Luna,” jadi para penonton tidak sabar menantikan dia beraksi lagi dalan watak yang berlainan.

Lee Joo Young pula Ma Hyun yang sentiasa ‘cool’ dan bekerja sebagai chef di pocha (kedai street food) milik Park Sae Roy. Karakter Ma Hyun digambarkan seseorang yang sentiasa memberikan keselesaan, semangat serta sokongan dan berani berdepan dengan dunia yang penuh cabaran. Terbaru, Lee Joo Young mendapat perhatian dan sokongan ramai menerusi lakonannya sebagai Yoon Young filem “Maggie” yang telah dikeluarkan September lepas.

Kim Hye Eun akan melakonkan watak Kang Min Jung, seorang pengarah eksekutif di Jangga Group. Dia seorang wanita yang bekerja keras. Kang Min Jung bermula dari bawah sehingga menjawat jawatan pengarah eksekutif hasil dari ilmu yang dipelajari dari bapa Park Sae Roy dan kini menjadi orang yang paling kanan Park Sae Roy. Kim Hye Eun juga pernah membintangi drama SBS “Doctor John,” yang digambarkan sebagai seorang doktor yang dedikasi serta berbakat besar.

Drama ini yang mendapat sutradara Kim Sung Yoon (KBS Moonlight Drawn By Clouds) dan produser drama NEW yang dikenali dengan penerbitan drama JTBC ‘Miss Hammurabi’ dan JTBC ‘Beauty Inside’ sebelum ini. :Itaewon Class” akan bersiaran mulai 31 Januari ini menerusi rangkaian JTBC bagi mengisi slot drama Jumaat – Sabtu

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini untuk sebarang perubahan. Happy watching, guys!

loading...