EXO akan terjah jtbc Knowing Bros buat pertama kali selepas setahun sempena pelancaran album Obsession

EXO akan membuat kemunculan semula di dalam jtbc Knowing Bros buat pertama kali selepas setahun.

Menurut laporan Donga, EXO akan mengunjungi studio ‘Knowing Bros’ pada 28 November 2019, hari lusa untuk sesi rakaman. Episod berikut bakal disiarkan pada 7 Disember 2019 nanti. jtbc ‘Knowing Bros’ merupakan rancangan realiti tv yang memaparkan artis-artis undangan menggayakan watak pelajar sekolah yang baru berpindah dan ‘terpaksa’ bersemuka dengan pelajar-pelajar sekolah sedia-ada yang dilakonkan oleh Kang Ho Dong, Kim Hee Chul, Lee Sang Min, Kim Young Chul dan lain-lain lagi.

Enam orang ahli EXO yang sedang aktif berkarya, Kai, Sehun, Baekhyun, Chen, Chanyeol dan Suho dijangka akan menyertai sesi rakaman tersebut manakala tiga lagi ahli lain: Lay Zhang, Xiumin dan Do Kyung Soo (D.O.) pula tidak dapat menyertainya. Xiumin dan D.O sedang menjalani latihan khidmat negara manakala Lay Zhang pula lebih sibuk memfokuskan aktiviti solonya di China.

Pujian harus diberikan kepada Baekhyun dan Kai yang masih terikat dengan aktiviti Super M kini masih tetap bersemangat untuk menjayakan pelancaran album terbaru mereka, ‘Obsession’ pada hari esok. Keenam-enam ahli ini juga akan membuat persembahan di MBC Radio Star esok dan akan menggegarkan Malaysia pada 14 Disember ini.

Sumber: mtn, donga

loading...