[Terkini] Tiada lagi kemaafan, Jung Joon Young & Choi Jong Hoon bakal dihukum penjara sehingga 7 tahun

Kedua-dua penyanyi kelahiran Korea yang terbabit di dalam skandal rantaian seks Burning Sun, Jung Joon Young dan Choi Joong Hoon (bekas ahli FT Islands) masing-masing bakal dihukum penjara sehingga 7 tahun dan 5 tahun sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah nanti di atas perbuatan merogol mangsa beramai-ramai.

Menurut laporan dipetik daripada donga dan newsis, hakim Kang Seong Soo yang mendengar perbicaraan itu telah dipohon oleh pihak pendakwaraya untuk mengenakan tempoh hukuman penjara berkenaan serta menjalani program pemulihan seks dan berkhidmat dengan masyarakat selama 10 tahun. Pihak pendakwaraya dilaporkan mahu hukuman berat tersebut dikenakan selepas mengambil kira tentang pengakuan kedua-duanya selain kegagalan mereka untuk menyelesaikan tuntutan dengan mangsa.

Bagaimanapun, hukuman lebihan penjara juga dikenakan ke atas Jun Joon Young juga kerana perbuatannya menyebarkan video lucah untuk tontonan orang ramai tanpa kerelaan mangsa. Jun Joon Young disyaki telah menyebarkan lebih 11 video dan gambar lucah mangsa pada sekitar tahun 2015 sehingga 2016 menerusi laman ‘chatroom’ KakaoTalk di mana Seungri (mantan kumpulan Big Bang) pernah berada sebagai salah seorang ahli ‘chatroom’ itu.

Sumber: newsis, donga

loading...