Tiket EXplOrationInMY laku keras, penganjur tambah ‘seat’ yang terhad bagi CAT1 dan CAT4

Konsert EXO di Malaysia telah mengumumkan tambahan tempat duduk bagi dua kategori harga.

12 November, Kuala Lumpur – Penjualan tiket konsert EXO di Malaysia baru sahaja dijual kepada umum pada semalam, 11 November mulai jam 11 pagi secara atas talian. Dalam tempoh 24 jam, hampir 95% tiket telah habis dijual dan yang masih lagi tinggal adalah bagi Rock zone namun dalam dalam kuantiti yang terhad. Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan, Star Planet selaku penganjur telah membuat pengumuman rasmi di mana mereka telah menyediakan tambahan tempat duduk, juga dalam kuantiti yang terhad bagi CAT 1 (RM738)  dan CAT 4 (RM368)! Tiket-tiket kini tersedia untuk dibeli menerusi  www.myticket.asia .

EXO Planet #5 -“EXplOration” bermula dengan 6 persembahan yang pecah panggung di Seoul pada Julai lepas. Kemudian siri konsert ini telah menjelajah antaranya ke Hong Kong, Filipina, Singapore, Thailand, Taiwan dan Jepun. Persembahan mereka di Malaysia telah menjadi suatu acara yang paling dinantikan dan para peminat sememangnya sangat teruja apabila EXO kembali semula untuk konsert untuk sebuah persembahan yang hebat. Konsert terbaru ini merupakan konsert solo ke-4 EXO di Malaysia.

Di bawakan oleh Platform Rebate #1 Malaysia, GETBATS dan dianjurkan oleh Star Planet, tiket-tiket “EXO PLANET # 5 – EXPLOration” boleh didapati pada harga RM798 (free standing), RM738, RM598, RM488, RM368 dan RM248. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, anda boleh hubungi Star Planet ditalian 03-92233667 atau boleh layari www.starplanet.com.my .

Buat peminat, EXO-L, jangan lupa dapatkan tiket korang sekiranya masih lagi belum berbuat demikian.

loading...