Ellin dari kumpulan kpop yang sudah lama tidak aktif, Crayon Pop, diura-urakan sebagai dalang di sebalik penipuan cinta berjumlah 1 billion won.
Memetik laporan daripada Sport Kyunhyang, seorang netizen telah membuat satu hantaran di suatu laman komuniti forum dengan mendakwa dia telah menjadi mangsa penipuan setelah kehilangan sebanyak 3 billion won (~RM.3.5 juta) berikutan ‘berhubungan’ dengan seorang bekas idol yang kini bergiat aktif sebagai penstrim tetap Afreeca TV. Netizen itu mendakwa dia telah menghabiskan sebanyak 700 juta won (~RM 2.5juta) yang ditukarkan dalam bentuk “ballons” , pemberian yang lazimnya diklasifikan sebagai sumbangan kepada penstrim manakala baki 300 juta won (~RM 1.0juta) dihabiskan dengan pembelian berbentuk barang berharga. Netizen tersebut turut memuatnaik beberapa gambar Kakaotalk bagi menyokong dakwaannya tersebut dan menyarankan netizen yang lain supaya berhati-hati dengan penstrim tersebut.
“Kami telah berhubungan sejak Ogos tahun lepas lagi. Ia bukan hubungan biasa antara peminat dengan penstrim yang dikaguminya. Siap aku bagi lagi nombor telefon dan alamat rumah, sehingga membawanya ke rumah. Sejak aku hantar gambar kakiku ini serta bercakap tentang perancangan untuk tinggal bersama tiga tahun kemudian dan membawanya bertemu dengan mak aku, dia terus tak hiraukan aku lagi. Aku telah habiskan kesemuanya termasuklah rantai, kasut, beg tangan dan duit saku,” katanya.
“Ia tak mudah kerana duit itu semua aku perolehi daripada keringatku sendiri. Tiada langsung inisiatif untuk memulangkan hadiah yang diberikan. Aku harap orang lain tak menjadi mangsanya yang tak berperikemanusiaan ini,” tambahnya lagi.
Dipercayai penstrim tersebut telah dikenalpastikan sebagai Ellin Crayon Pop. Bagi menguatkan spekulasi itu, Ellin turut memprivasikan akaun media sosialnya termasuklah cenel Youtube-nya sekali. Netizen itu mengakhiri kenyataannya dengan mahu mengambil tindakan saman terhadap wanita tersebut setelah mempermainkan cintanya selama ini.
Sumber: OSEN, sport hyungkyang