Seo Hyun Jin, Ra Mi Ran, dan Ha Joon sah bintangi drama baru tvN, “Black Dog”

Nampaknya dah dapat barisan pelakon yang akan terajui drama terbaru tvN “Black Dog” yang akan mengisi slot drama Isnin-Selasa.

Pada 28 Oktober, media melaporkan Seo Hyun Jin, Ra Mi Ran, dan Ha Joon telah menyatakan persetujuan masing-masing untuk membintangi drama terbaru tvN.  Drama ini berkisarkan tentang kehidupan di sekolah menengah yang berubah selepas kemunculan cikgu ganti sambilan baru, diberikan gelaran sebagai ‘Black Dog’ yang mana kedatangannya adalah untuk berkhidmat kepada semua orang, bukan sekadar mengajar ilmu pendidikan seperti biasa dipertontonkan di dalam kerangka persekolahan selama ini. “Black Dog” juga turut menyorot kehidupan seorang guru yang sentiasa mendidik masyarakat melalui persekitaran sekolah.

Seo Hyun Jin akan memegang watak Go Ha Neul,  seorang guru baru yang dilantik untuk mengajar dalam tempoh yang pendek atau lebih dikenali sebagai guru gantian di sebuah sekolah swasta. Go Ha Neul mengimpikan untuk menjadi seorang guru kerana rasa terima kasihnya kepda guru-guru yang telah memberikannya kehidupan yang baik. Dia juga akan bersama-sama pelajar menghadapi pelbagai isu mengenai perjalanan pengurusan sekolah swasta yang banyak memberikan tekanan. “Black Dog” merupakan drama terbaru Seo Hyun Jin sejak :The Beauty Inside” pada tahun lepas dan dia turut menyatakan, “Saya saya bersyukur untuk menyertai genre drama seumpama ini kerana ia jarang-jarang diadakan. Saya percaya team kami mampu memberikan kerja berpasukan yang hebat. Sila nantikannya.”

Turut sertai Seo Hyun Jin adalah Ra Mi Ran yang akan memegang watak Park Sung Soon, ketua jabatan kaunseling dan kerjaya disekolah berkenaan. Park Sung Soon juga dikenali sebagai seorang yang gila bekerja (workaholic) dan akan melakukan apa saja untuk pelajarnya. Dia bahkan sanggup melawat sekolah bagi pihak pelajar untuk berjuang demi pelajarnya. Park Sung Soon merupakan mentor kepada Go Ha Neul  dan dijangka Seo Hyun Jin serta Ra Mi Ran akan berkongsi satu ikatan yang isitimewa dalam drama ini. Ra Mi Ran memberitahu, “Saya sangat tertarik dengan hakikat bahawa drama ini fokus kepada guru dan bukannya pelajar. Saya fikir saya dapat menunjukkan sisi baru saya melalui watak Park Sung Soon. Dengan menyentuh isu sebenar mengenai kemasukan kolej, sekolah swasta dan persaingan yang sengit yang dihadapi para pelajar, saya rasa penonton mampu untuk kaitkan perkara ini dan menikmati drama tersebut.”

Ha Joon pula akan membawakan watak Do Yeon Woo, seorang guru bahasa Korea yang begitu berkobar-kobar semangatnya tentang mengajar dan dia mengajar dengan hati yang ikhlas. Do Yeon Woo percaya dengan bakat mampu menangani politik pejabat dan mengelak daripada menyertai perkara seumpama itu serta memilih untuk menjadi individu yang lebih baik mengikut haluannya. Ha Joon juga memberitahu, “Saya rasa ‘Black Dog’ akan menceritakan mengenai individu yang bukan pilihan. Saya tidak hanya kaitkan dengan watak Go Ha Neul, tapi dengan pelbagai lagi karakter dalam drama ini. Dan ini yang membuatkan saya ingin menyertai projek ini. Kami berharap dapat menceritakan kisah orang biasa dan memberi tumpuan kepada siapa mereka, bukannya berdasarkan label yang masyarakat meletakkan kepada mereka.”

tvN ‘Black Dog’ akan diarahkan oleh Han Dong Hwa (“OCN Squad 38” , “OCN Bad Guys: The Vile City”) dan penulis skrip baru, Park Joo Yeon yang pernah menukilkan drama satu episod – The Woman Who Makes the Last Meal, disiarkan pada awal Februari 2018. Drama ini dirancang penyiarannya pada 16 Disember depan bagi mengisi slot drama Isnin-Selasa pada jam 9.30 malam KST.

Sumber : sportsseoul | edaily |

loading...