Lagi drama rumah tangga, Ku Hye Sun dedah foto wanita ‘berkemban’ didakwa sebagai skandal Ahn Jae Hyun

Drama rumah tangga Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun belum berakhir lagi. Baru-baru ini, Ku Hye Sun mendakwa dia sudah pun menghantar foto wanita yang dikatakan sebagai skandal Ahn Jae Hyun itu untuk dijadikan bukti bahawa suaminya pernah curang terhadapnya.

Foto tersebut yang hanya menampakkan bahagian tubuh wanita itu sehingga ke paras dada saja dan hanya ‘berkemban’ gaun hotel telah dimuatnaik oleh Ku Hye Sun di dalam laman instagramnya sebentar tadi. Ia antara respon Ku Hye Sun terhadap suaminya selepas melancarkan lagu berjudul ‘Perlukah aku mati saja?’ ditujukan khas buat Ahn Jae Hyun.

Sebelum ini, Ku Hye Sun menegaskan bahawa hubungan mereka telah tak dapat diselamatkan lagi selepas mendapati suaminya telah berlaku curang terhadapnya. Dalam membuktikan dakwaannya itu, Ku Hye Sun turut mengatakan dia menyimpan gambar wanita mengenakan gaun hotel sambil makan bersama suaminya. Tambahnya lagi, wanita itu yang dipercayai sebagai pelakon korea juga, didakwanya sedang berlakon dengan suaminya di dalam suatu drama yang mana netizen membuat spekulasi kemudian bahawa wanita itu mungkin ialah Oh Yeon Seo kerana beliau sedang membintangi drama bersama Ahn Jae Hyun di dalam MBC People with Flaws. Oh Hye Seo bagaimanapun menafikan spekulasi tersebut dan bertindak mahu menyaman Ku Hye Sun secukupnya.

Sumber: spottvnews

loading...