WINNER akan kembali dengan muzik baru pada Oktober ini sempena siri jelajah ‘Cross Tour’

 

Pada 4 Oktober, YG Entertainment telah menjawab komen mengenai laporan kumpulan Winner yang akan buat kemunculan semula pada bulan ini.

Dalam maklumbalas tentang laporan terdahulu, sumber dari YG Entertainment menyatakan, ” WINNER sedang dalam proses menyiapkan album terbaru mereka dan jadual album itu diriliskan akan diumumkan setelah mendapat persetujuan.”

Terdahulu, laporan OSEN pada 4 Oktober, kumpulan ini sedang giat menyiapkan album terbaru mereka dan merancang untuk meriliskan album tersebut sekitar bulan ini. Menurut laporan itu, lagu baru ini akan diriliskan sebelum konsert WINNER ‘Cross’ Tour di Seoul yang dijadualkan pada 26-27 Oktober di KSPO Dome.

Ini merupakan projek album terbaru WINNER dalam tempoh 5 bulan selepas EP mereka “We” yang turut memuatkan lagu “Ah Yeah”. Selepas meriliskan album terbaru dan mengadakan konsert di Seoul, WINNER akan memulakan siri jelajah WINNER ‘Cross’ Asia Tour di Taipei, Jakarta, Bangkok, Kuala Lumpur, Manila dan Singapura serta mungkin beberapa lokasi lain yang akan dikemaskini dari masa ke semasa.  WINNER juga bakal kembali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk kali yang ke-2 setelah  Everywhere Tour di Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2018 lepas.

Selain itu, WINNER juga akan membuat persembahan di 2019 Asia Song Festival bertempat di Stadium Kompleks Ulsan pada 11 Oktober ini.

Pastinya berita ini akan menggembirakan Inner Circle yang sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bagi buat WINNER. Apapun, nantikan muzik terbaru dari WINNER.

Sumber : Newsen | OSEN