Selepas 7 tahun, Lee Seung Gi tidak sabar untuk kembali ke Malaysia demi bertemu para peminat

KUALA LUMPUR – IMC Live Global akan membawakan Lee Seung Gi kembali ke Malaysia sempena 2019 LEE SEUNG GI ASIA FAN MEETING <VAGABOND VOYAGE> di Kuala Lumpur pada 30 November 2019 depan, bertempat di Menara PGRM, Star Convention Centre. Ini merupakan kali kedua selebriti ini berkunjung ke Malaysia dalam tempoh 7 tahun selepas fan meeting pertamanya pada 2012 yang lepas. Sebelum itu, Lee Seung Gi akan berkunjung dahulu ke Bangkok pada 19 Oktober dan Singapura pada 26 Oktober. Sesi jelajah fan meeting ini adalah yang paling dinantikan oleh para peminat buat sekian lamanya. Tambahan pula, kali ini ianya sangat istimewa buat Lee Seung Gi dan para peminatnya kerana 2019 menandakan selebriti tersebut akan menyambut ulang tahunnya yang ke 15 tahun sejak debut pada tahun 2004. Oleh sebab itu juga, tiket-tiket habis dijual di Jepun dan Taipei, China.

Nama ‘Vagabond Voyage’ mengambil inspirasi dari drama terbaru lakonan pelakon berusia 32 tahun ini di mana ia turut menggunakan nama yang sama iaitu ‘Vagabond’ yang baru sahaja ditayangkan pada 20 September lepas menerusi saluran SBS dan juga Netflix. ‘Vagabond’ yang bertemakan perisikan dan menampilkan aksi-aksi thriller adalah sebuah drama yang paling ditunggu oleh para peminat drama di seluruh negara. Sekali lagi Lee Seung Gi berpasangan dengan penyanyi serta pelakon, Bae Suzy selepas drama ‘Gu Family Book’ pada tahun 2013. Kali ini Lee Seung Gi membawakan watak seorang pelakon aksi, Cha Dal Gun.

Dengan popularitinya sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara serta bersikap mesra, selebriti ini digelar penghibur “triple crown” selain telah menerima pelbagai penghargaan dalam tiga bidang tersebut. Sejak debutnya pada tahun 2004, Lee Seung Gi telah merakamkan beberapa lagu hit seperti “Will You Marry Me”, “Because You’re My Woman” dan “Return”. Beliau juga terkenal dengan karakternya dalam drama seperti ‘A Odyssey Korea’ (2018), ‘My Girlfriend Is A Nine-Tailed Fox’ (2010), dan ‘Gu Family Book’ (2013). Pada ketika ini, Lee Seung Gi juga turut menyertai rancangan variety “Master in The House” yang disiarkan di SBS sejak tahun 2017 dan terbaru beliau dilihat menyertai rancangan variety “Little Forest” yang turut disiarkan dirangkaian yang sama. “Little Forest” telah mula bersiaran sejak Ogos lepas di mana setiap selebriti yang menyertai rancangan tersebut (Lee Seo Jin, Lee Seung Gi, Park Na Rae dan Jung So Min) akan menjalankan penjagaan harian kanan-kanak yang berlatar-belakangkan alam semula jadi. Secara tidak langsung, mereka akan mendidik kanak-kanak tersebut agar mesra alam. Rancangan variety original daripada Netflix, “Busted” yang bertemakan detektif juga mengalu-alukan Lee Seung Gi menyertai mereka untuk musim kedua.

Sebagai maklumat tambahan, Lee Seung Gi juga pernah tercalon dalam kategori ‘Best Actor’, ‘Popular Actor’ dan ‘Couple of The Year’ disamping Ha Ji Won menerusi drama King 2 Hearts di 1st CariKdrama Awards pada tahun 2012.

Fan Meeting ini akan menjadi malam yang penuh bermakna di mana Lee Seung Gi akan beramah mesra dengan para peminatnya disamping berkongsi serba sedikit mengenai pengalamannya. Peminat pastinya tidak akan melupakan memori malam tersebut kerana Lee Seung Gi akan mempersembahkan pelbagai kemahirannya seperti menyanyi, berlakon dan banyak lagi. IMC Live Global juga menyediakan sesi hi-touch eksklusif untuk semua VIP dan pemegang tiket terpilih selepas acara fan meeting berakhir. Semua pemegang tiket VIP akan menerima hadiah istimewa daripada Lee Seung Gi dan 100 peminat bertuah berpeluang mendapatkan poster yang telah ditandatangani.

Tiket-tiket 2019 LEE SEUNG GI ASIA FANMEETING <VAGABOND VOYAGE> di KUALA LUMPUR kini boleh didapati melalui ejen tiket serantau AirAsia RedTix pada harga RM 598, RM 498, RM 398 dan RM 298.

Kepada peminat-peminat Lee Seung Gi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Inilah masanya untuk anda mencipta memori bersama idola anda. Pastinya Lee Seung Gi juga tidak sabar untuk bertemu peminatnya di Malaysia setelah tujuh tahun yang sentiasa memberikan sokongan terhadapnya.

 

Untuk segala maklumat terkini berkaitan Fan Meeting, sila kunjungi penganjur IMC Global di Facebook IMCLiveGlobal.

Poster dan gambar kredit kepada HOOK Entertainment, APPLEWOOD & IMC Live Global