IU ikat perut kerana tak sanggup hampakan harapan peminatnya

Lee Ji Eun (IU) kini sedang berehat selepas bekerja keras selama berbulan-bulan bagi menjayakan drama tvN Hotel del Luna lakonannya.

Walaubagaimanapun, demi untuk tidak menghampakan peminat, IU telah mengambil keputusan untuk mengikat perut beberapa hari sebelum pertemuan bersama peminat diadakan pada 21 September esok hari.

Dalam satu panggilan mengejutkan dibuat oleh Yoo In Na dan Kang Ha Neul pada petang tadi di dalam MBC Funding Together, IU ditanya tentang keadaan terkininya. Dengan sepantas, beliau menjawab, “Aku dekat rumah ini. Dah sebulan aku diet. Aku hanya makan ubi keledek, epal, kacang, keju dan daging lembu saja selama ini.”

Yoo In Na yang agak tersentak lalu menanya, “La, kenapa diet sorang-sorang tanpa aku? Patut bagitahu aku.” IU kemudiannya membalas, “Aku tengok kau dalam tv selalu. Lawa sungguh kau sekarang.” Umum diketahui, IU dan Yoo In Na merupakan kawan baik.

Kang Ha Neul pula menyampuk lalu bertanya, “Kenapa kau diet, IU?”

Tonton VLIVE di sini: Kang Ha Neul dan Yoo In Na berkongsi keminatan mereka dalam membaca

“Sebenarnya aku makan banyak sangat selepas tayangan tempoh hari. Lusanya aku ada pula perjumpaan bersama peminat untuk sambutan kali ke-11 dalam industri, aku terus diet gila-gila,” akui IU yang tanpa disedari telah berbuat demikian demi mahu kelihatan langsing di hadapan peminatnya.

IU ketika sambutan kecil-kecilan dibuatnya semalam.

Sehubungan dengan itu, netizen yang mengikuti rancangan itu turut bersimpati dan mahukan pelakon itu menambahkan berat badannya. Semalam, IU membuat sambutan kecil-kecilan dengan disaksikan ribuan peminatnya di dalam instagram. Sejak memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada usia belasan tahun lagi bermula tahun 2008, IU telah berjaya memukau jutaan rakyat Korea sehingga digelar , “Negara ini Punya Adik Perempuan” oleh beberapa portal media terkemuka. Popularitinya sepanjang 11 tahun dalam industri seni juga tidak boleh dipertikaikan lagi apabila beberapa kali tersenarai di dalam Forbes Korea Power Celebrity saban tahun meskipun didominasi oleh kumpulan-kumpulan kpop. IU juga dinobatkan sebagai pemegang takhta Kmania Top Star bulan Ogos yang lalu oleh rakyat Malaysia.

Sumber: insightnews kbs

loading...