[Info] Jom memeriahkan ‘Seoul Culture Showroom di Kuala Lumpur’ pada 20-22 September ini!

Malaysia, 13 September 2019 – Seoul Tourism Organisation (STO) kembali lagi September ini dengan membawakan pengalaman keunikan budaya Seoul ke Malaysia, sempena promosi kempen 2019 mereka, Live Seoul seperti Saya Buat, Cipta & Kongsi (Live Seoul like I do, Create & Share).

Berpaksikan kejayaan mereka sebelum ini, kempen Create & Share memberikan pengalaman yang holistik bagi mereka yang akan melawat Seoul samada menerusi secara atas talian ataupun di luar talian. Kempen ini menggalakkan pelancong yang ingin ke Seoul bukan sekadar membuat perancangan percutian dan mencipta pengalaman tersendiri tetapi boleh juga berkongsi kenangan terindah mereka di Seoul sebagai Seoulite dengan kenalan mereka secara atas talian sambil berkongsi serta menyebarkan keindahan Seoul yang unik ke seluruh dunia.

Sebagai sebahagian daripada usaha promosi ke peringkat global, STO akan mengadakan ‘Seoul Culture Showroom di Kuala Lumpur’  bertempat di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur selama 3 hari bermula dari 20 hingga 22  September.

Acara ini disusun khas bagi memberikan gambaran kepada rakyat Malaysia tentang kepelbagaian budaya yang mereka akan alami semasa melawat Seoul. Antara aktiviti yang disediakan sepanjang ‘Seoul Culture Showroom di Kuala Lumpur’ termasuk dari mencuba pakaian tradisional Korea, Hanbok  yang berwarna-warni, merasai beberapa makanan ringan Korea yang lazat seperti Bananas Susu Binggrae kegemaran ramai di ‘Seoul Halal Café’, dan menari mengikut rentak muzik  K-Pop popular di mana acara ini sesuai untuk semua peringkat umur .

Selain daripada mendapatkan pengalaman yang menarik, pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dengan menyertai aktiviti yang disediakan selain akan mendapat freebies hebat poster dan beg membeli-belah untuk peminat K-pop tempatan.

 

Cenderamata dari Korea boleh ditebus dengan melanggan (subscribe) saluran media sosial Seoul Tourism Organisation seperti berikut:

VisitSeoul Website : www.visitseoul.net
VisitSeoul Instagram : @visitseoul_official
VisitSeoul YouTube : @visitseoul

Tambahan lagi, video promosi pelancongan terbaru Seoul 2019 yang menampilkan Duta Pelancongan Kehormat Seoul juga akan buat kemunculan debutnya pada majlis tersebut.  .

Malaysia dikenali kerana memiliki populasi penduduk Islam yang lebih besar, oleh itu STO telah meneliti sepenuhnya segala maklumat mereka dalam menonjolkan infrastruktur Seoul yang memenuhi keperluan pelancong Islam. Antara informasi yang akan mereka kongsikan termasuk Seoul Infra Map di mana ia menunjukkan lokasi restoran yang telah disahkan halal dan bebas daripada penggunaan daging khinzir, tempat sembahyang (masjid), dan banyak lagi.

“Ketika ini umat Islam adalah sebahagian daripada pasaran pelancongan utama, oleh itu negara-negara Asia termasuk Taiwan dan Jepun saling bersaing secara aktif dalam menarik pelancong Islam melancong ke negara mereka,” kata Byun Dong-hyun, Chief Director of the Global Marketing Team di Seoul Tourism Organization. “Kami akan beri penumpuan dalam  memperluas infrastruktur untuk umat Islam di Seoul yang mencerminkan keperluan dan keutamaan mereka, sambil mempromosikan infrastruktur Islam yang lain seperti restoran halal dan tempat untuk  bersembahyang yang telah kami sediakan.”

Akhir sekali, siap sedia menanti perkembangan yang lebih menarik kelak! Stay tuned to more exciting news to come! Dapatkan juga maklumat menerusi penganjur di FB Fast Track Events

loading...