[INFO] Pencarian bakat untuk sertai kumpulan wanita baru di bawah Big Hit & Source Music di 16 bandar Oktober depan!

Big Hit Entertainment dan Source Music secara rasminya telah mengumumkan tarikh dan lokasi ujibakat pencarian kumpulan wanita terbaru. 

Ogos lepas, Big Hit Entertainment telah mendedahkan bahawa mereka bersama label terbarunya Source Music akan melancarkan ujibakal global untuk sebuah kumpulan wanita yang baru.  

Pada 4 September, agensi tersebut telah mengesahkan rancangan mereka menerusi satu kenyataan rasmi yang menyatakan, “Dengan usahasama dengan Source Music, kami akan mengadakan ‘PLUS GLOBAL AUDITION’ untuk memilih mereka yang berbakat untuk menyertai kumpulan wanita baru kami yang kami jangkakan untuk debut pada tahun 2021.”

Terdahulu, pengasas Big Hit Entertainment, Bang Shi Hyuk dan syarikat telah melantik Min Hee Jin (bekas Pengarah Kreatif SM Entertainment) sebagai Chief Brand Officer Min Hee Jin yang akan turut sama bekerjasama dalam membentuk kumpulan wanita yang baru itu. 

Program “PLUS GLOBAL AUDITION” kendalian Big Hit Entertainment dan Source Music memilih Amerika Syarikat sebagai destinasi pertama. Lokasi ujibakat pula akan diadakan Los Angeles dan New York City pada 5 Oktober sebelum terbang ke Australia dan Asia. Ujibakat kemudian akan diadakan di Perth dan Singapore pada 12 Oktober; Melbourne pada 13 Oktober; Busan, Gwangju, Osaka, Sapporo, dan Taipei pada 19 Oktober; Seoul, Tokyo, dan Kaohsiung pada 20 Oktober; Hanoi dan Bangkok pada 26 Oktober; dan akhir sekali di Ho Chi Minh City pada 27 Oktober.

Ini dia teaser sempena ujibakat ‘Plus Global Audition’

Sumber : YTN

loading...