Video lama ‘Newlyweds Diary’ kembali tular semula.
‘Newlyweds Diary’ memaparkan kisah rumah tangga Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun sewaktu mereka baru menyulam kasih pada tahun 2017. Penulis skrip Kim Dae Joo memberikan ulasannya berkenaan perangai Ahn Jae Hyun yang perlu diubah, seperti kebanyakan lelaki lain
“Ku Hye Sun telah terluka hatinya. Ahn Jae Hyun ditunjukkan sebagai seorang yang sangat romantik di dalam ‘Newlyweds Diary’, tetapi dia telah membuat kesalahan seperti kebanyakan suami. Dia tak memikirkan perasaan orang lain, dia cakap benda tak sepatutnya. Walaupun dia romantik, tapi dia juga seorang manusia biasa. Dia macam nak buat apa saja demi Ku Hye Sun, tapi gagal seperti kebanyakan suami. Saya rasa terganggu bila tengok Ahn Jae Hyun kerana tak sangka dia sebegitu rupa. Bila tengah bergaduh, sepatutnya ajak bersembang dan dengar dulu pendapat isteri,” katanya secara tak langsung memberikan sokongan diam-diam terhadap Ku Hye Sun.
Sekumpulan netizen yang menyelongkar balik video ‘Newlyweds Diary’ turut bersetuju dengan pendapat penulis skrip itu. Alasan yang dberikan oleh mereka adalah kedua-duanya tak bersefahaman tentang perkongsian untuk membuat kerja rumah bersama. Ku Hye Sun seperti dipetik di dalam video yang tular itu berkata, “Aku ingat aku seorang saja yang buruk.” Ahn Jae Hyun kemudiannya membalas,” Ingatkan isteriku ini sukakannya (buat kerja rumah seorang-seorang) , tetapi tidak rupanya.”
Netizen kemudiannya membandingkan adegan itu dengan temuduga dibuat oleh Ku Hye Sun pada bulan Mei lepas yang merujuk kepada tabiat Ahn Jae Hyun yang dikatakan malas membuat kerja rumah bersama. Ku Hye Sun berkata,” Saya sentiasa ke depan. Saya tak mahu lagi tertekan kerana kerja rumah tertangguh.” Netizen beranggapan bahawa pengagihan kerja rumah di antara mereka tak dapat ditangani dengan baik selain perangai Ahn Jae Hyun yang dikatakan sukar untuk mendengar kata.
Sementara itu, Ahn Jae Hyun disahkan tidak akan hadir untuk sidang media drama MBC People With Flaws yang turut dibintangi oleh Oh Yeon Seo pada 22 Ogos 2019 bertempat di COEX, Samsung-dong, Seoul. Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun berkahwin semenjak tahun 2016 dan mereka telah memutuskan untuk bercerai setelah tiga tahun bersama.
Sumber: spottvnews , kookmin ilbo