Tak tahan diganggu peminat, Kang Daniel dikatakan telah ‘melarikan diri’ dari UN Village

Sebuah portal berita, Chosun Ilbo mendakwa Kang Daniel telah berpindah ke lokasi baru yang tak dinamakan.

Portal berita itu turut mendakwa Kang Daniel mengambil keputusan untuk berpindah dari rumahnya di UN Village di perkarangan Hannam kerana tak tahan diganggu oleh peminat serta segerombolan wartawan yang berkampung berdekatan dengan rumahnya selepas pengesahan gosip cinta bersama Jihyo TWICE seperti dicanang-canangkan oleh portal Dispatch sebelum ini. Namun, agensi Konnect Entertainment menafikan desas-desus tersebut dengan mengesahkan bahawa Kang Daniel tetap tinggal di UN Village.

“Dia memang tinggal di situ (UN Village). Tak betul dia berpindah. Sebarang soal peribadinya tak boleh didedahkan lebih lanjut,” kata jurucakap agensi itu pada portal OSEN.

Sumber: chosun ilbo , OSEN

loading...