Park Jimin, atau dikenali sebagai Jimin daripada kumpulan BTS mengadakan sesi VLive bersama peminat BTS, Army pada hari cuti pertamanya seperti dimaklumkan oleh Big Hit semalam.
Akuinya sendiri bahawa dia baru saja bangun dari tidur, Jimin bergegas terus untuk bersemuka peminatnya di dalam sesi Vlive kerana mahu mengotakan janjinya yang ditetapkan pada hari Isnin hari ini.
“Boleh tak saya cakap jujur? Saya terbangun jam 4 petang tadi. Saya sempat tidur, makan dan berjaya juga tiba ke sini. Adeh, malu betul. Saya rasa saya tidur terlalu lama sampai 10 jam, ini pun masih belum kebah lagi. Selepas cakap dengan korang, saya mahu bersenam balik,” jelas Jimin dengan wajah yang tak mengenakan sebarang mekap dan baru saja bangun dari tidur.
Bercerita tentang lagu terbaru ciptaan Kim Taehyung BTS berjudul “Winter Bear”, ingatannya masih terngiang-ngiang irama lagu berkenaan sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpinya. “Sangat menyenangkan bila mimpi sudah mempunyai muzik latarnya sendiri. Kali ini, bukan lagi ‘Fire’ atau ‘Dope’, tapi ‘Winter Bear’ yang akan membuatkan saya jadi bekerja lebih gigih lagi.”
Sewaktu kali terakhir menyampaikan persembahan di konsert Lotte Duty Free Family sebelum bercuti panjang, Jimin akui terpaksa melepaskan segala jiwa dan raganya sehingga menyebabkan dia berasa sangat letih. Sebagai respon terhadapnya, Jimin berkata, “Saya memutuskan untuk menjadi raksasa stamina, bila-bila masa saja boleh punyai banyak tenaga. Saya terdengar Big Hit sudah keluarkan notis bercuti untuk kami, tapi saya tak rancang untuk bercuti kerana bila tak de apa nak buat, saya akan bazirkan masa. Jika terlalu lama berehat, kami (Namjoon dan dirinya) sangka kami sudah melakukan kesalahan, yakni membuang masa tanpa menghabiskan dengan cara yang efisien.”
Jimin turut berkongsi makanan kegemarannya termasuklah cili (“lada pedas”), sup kimchi, tofu dan daging tetapi tidak meratah makanan berbau seperti makanan laut. “Saya agak memilih seperti mak. Sejak kecil lagi, mak akan memasak untuk seluruh isi keluarga tapi tak lalu nak makan sendiri. Kemudian, ketika jadi pelatih, saya mula makan dada ayam dan ajak mak makan sekali. Dia terkejut boleh makan nasi campur dengan herba (‘Korean Thistles’).”
Mungkin rahsia Taehyung yang jarang peminat BTS tahu, Jimin menceritakan bahawa dia pernah menunggu Taehyung selama hampir dua hingga tiga jam di stesen subway Wangsimmni berdekatan dengan sekolah, tempat mereka belajar bersama. Katanya, “Saya telefon Taehyung, dia baru saja bangun tidur. Apabila dia tiba saja, saya ‘hukum’ dia dengan menindikkan telinganya. Sekarang yang tinggal di telinganya hanya tiga saja.”
Jimin turut mengaku dia akan tetap menyimpan rahsia samada tentang lagu ciptaannya atau siapakah rakan-rakan yang akan ditemuinya nanti. Tegasnya, “Semua kawan-kawan saya adalah rahsia, saya tak sewenang-wenangnya mendedahkan identiti mereka. Lagu ini pula, saya nak jadi satu-satunya orang yang tahu mengenanginya. Antara saya dan 150,000 lagi orang bersama dengan saya sekarang.”
Mengakhiri sesi bual mesranya bersama peminat, Jimin akan kembali semula bersama mereka tak lama lagi. “Mungkin Rabu ini, tapi saya akan bagitahu kelak kalau tak boleh bersama korang,” katanya.
Sumber: asiatoday