Kangta dijangka akan membuat kemunculan semula pada hari ini tapi nampaknya perancangan tersebut terpaksa dibatalkan kerana terpalit di dalam skandal melibatkan dirinya dengan tiga orang wanita, iaitu pelakon Jung Yu Mi, personaliti tv Oh Jung Yeon dan juga model lumba motor, Woo Joo Ah.
Kangta membuat pengumuman mengejutkan pada tengah hari 4 Ogos 2019 tadi berkemungkinan setelah dinasihati oleh labelnya, SM Entertainment.
“Saya memohon maaf kepada peminat yang telah menyokong kerjaya saya selama ini. Kerana saya disayangi oleh mereka, saya sepatutnya menunjukkan tunjuk ajar yang bagus dan skandal ini berlaku kerana kekurangan yang saya ada. Saya akan tengok balik masa lalu dan berubah menjadi orang yang matang,” katanya.
“Pelancaran single yang sepatutnya dijadualkan hari ini dibatalkan serta-merta, namun aktiviti lain (merujuk kepada lakonan di dalam teater muzikal ‘Headwigs’) yang sudah dirancang lebih lama bukan dalam kapasiti untuk saya tentukan. Apapun, saya memohon maaf dengan penuh ikhlas,” tambahnya lagi.
Berdasarkan teaser pada dua hari lepas, Kangta sepatutnya akan mengeluarkan single ‘Love Song’ berduet bersama Paloalto pada hari ini juga. Ia juga merupakan ‘comeback’ beliau pertama sejak album EP ‘Home’ Chapter 1 pada tahun 2016 dulu. Masih lagi bergiat aktif menerusi kumpulan H.O.T, Kangta sepatutnya juga akan menyertai konsert H.O.T pada September ini bertempat Gosheok Sky Dome sejak konsert mega mereka yang diadakan pada tahun 2018 dan dihadiri lebih 100,000 orang.
Sumber: mydaily