Baro B1A4 & Choi Tae Joon sedia berkhidmat untuk negara

Baro atau nama sebenarnya, Cha Sun Woo akan menyertai khidmat ketenteraan pada hari ini, 30 Julai 2019 dan disusuli dengan Choi Tae Joon yang akan menyertainya pada 1 Ogos 2019.

Berdasarkan pengesahan daripada agensinya, HODU&U Entertainment, Baro sudah pun memasuki kem tentera pada tengah hari tadi. Selepas habis menjalani latihan asas, Baro akan direkruit untuk menjalankan tugas sebagai tentera. Baro amat dikenali dengan lakonan Binggerue di dalam Reply 1994 sebelum menumpukan sepenuhnya dalam karier lakonannya meskipun dilihat agak aktif bergerak bersama kumpulan B1A4. Antara drama lain lakonan Baro termasuklah MBC Less Than Evil dan MBN Level Up yang sedang hangat ditayangkan.

Sementara itu, Choi Tae Joon, kekasih hati Park Shin Hye, juga akan menyertai khidmat negara sebagai pekerja sosial setelah menjalani pemeriksaan kesihatan. “Saya akan berkhidmat dengan seikhlas hati,” kata Choi Tae Joon apabila diminta mengulas tentang kemasukannya ke dalam ‘military service’. Tiada drama lakonannya ditayangkan pada tahun 2019 ini, tapi satu drama yang sudah disiapkan sejak sekian lama iaitu So I Married an Anti-Fan, gandingannya bersama Choi Soo Young, sedang menunggu untuk disiarkan.

Sumber: xsportnews1, xsportnews2

loading...