Jo In Sung & Bae Sung Woo bertaut kembali di dalam drama nukilan Noh Hee Kyung terbaru?

Jo In Sung dan Bae Sung Woo

Jo In Sung dijangka akan membuat kemunculan semula bersama Bae Sung Woo di dalam drama korea terbaru nukilan penulis skrip profilik Korea, Noh Hee Kyung. Kedua-duanya sedang mempertimbangkan tawaran lakonan diberikan kepada mereka.

Drama yang belum diberikan tajuk ini dikatakan berkisarkan tentang aktiviti-aktiviti bantuan yang seringkali dilakukan oleh oleh mereka yang terbabit di dalam “Non-Governmental Organizations (NGO)” dalam menghulurkannya kepada orang yang memerlukan.  Mengenangkan Noh Hee Kyung terkenal gaya bahasanya tersendiri selain jalan ceritanya yang kena dengan permasalahan sosial masyarakat, penonton boleh mengagakkan nukilan yang lebih kurang sama untuk drama ini juga. Masakan, beliau boleh menerima tiga kali pencalonan Best Scriptwriter CARI Kdrama Awards dan kemenangan bersejarah di Baeksang Art Awards untuk beberapa kali.

Noh Hee Kyung

Ini merupakan kali ketiga Jo In Sung bekerjasama dengan Noh Hye Kyung selepas SBS That Winter, The Wind Blows dan juga SBS It’s Okay That’s Love di mana beliau dinobatkan Best Actor CARI Kdrama Awards.  Ini kali ke-2 Bae Sung Woo bakal bekerjasama dengan Noh Hee Kyung selepas tvN Live pada tahun lepas. Malah, Jo In Sung dan Bae Sung Woo juga pernah membintangi filem bersama-sama sebelum ini, antaranya di dalam, The King dan The Great Battle.

Makluman lanjut tentang siapakah bakal mengarahkan drama ini selain cenel yang dipertanggungjawabkan untuk menyiarkannya juga belum diketahui lagi setakat ini.

Sumber: donga , money today

loading...