Karier bakal kelam buat Lee Min Woo Shinhwa jika berdepan hukuman penjara akibat gangguan seksual

Lee Min Woo dari kumpulan otai SHINHWA bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama 10 tahun kerana kes gangguan seksual. Sesuatu yang mengejutkan buat peminat Lee Min Woo atau turut dikenali sebagai M.

Menurut wawancara dengan seorang peguam bagi siaran Hiburan ‘Entertainment Weekly’ KBS2TV pada 19 Julai, penemuan rakaman CCTV yang mengandungi perlakuan gangguan seksual yang dikatakan kedua-dua wanita itu boleh meletakkan penyanyi berdepan dengan hukuman untuk tempoh yang lama.

Peguam tersebut turut menyatakan, “Dahulu, tuduhan-tuduhan ini hanya didakwa jika pemerasan secara paksa boleh dibuktikan tetapi kini semua kesalahan seksual boleh disiasat dan didakwa. Jika Lee Min-woo didapati bersalah di mahkamah, terutamanya selepas penemuan CCTV ini, hukuman sehingga 10 tahun penjara dan denda sehingga 15 juta won (lebih kurang $ 13,000) boleh dikenakan. “

Terdahulu, ahli Shinhwa ini dituduh secara paksa mencium dan meraba dua wanita tanpa persetujuan di sebuah bar pada 29 Jun lalu. Semasa siasatan polis, Lee Min-woo menafikan insiden itu sebagai “salah faham dan ianya adalah satu jenaka dewasa serta hanya nak berseronok”. Wanita terbabit bagaimanpun, menarik balik aduan mereka, tetapi apabila pihak polis meneruskan siasatan, mereka menemui rakaman CCTV yang membuktikan segalanya

Kes itu telahpun dikemukakan kepada pendakwaan sementara menunggu hukuman daari mahkamah.

Dalam satu perkembangan lain, babak Lee Min Woo bagi satu rancangan variasi KBS2TV “Deok Hwa TV 2 – Deok Hwa’s Coffee House” akan disunting sepenuhnya. Menurut sumber dari produksi “Deok Hwa TV 2” pada 18 Julai, “Minwoo muncul sebagai tetamu pada episod pertama sebelum kes tersebut itu berlaku, dan pada masa ini kami telah selesai semua penggambaran. Walaupun mengalami kesukaran, kami akan menyunting semula bahagian yang berkaitan untuk siaran tv kelak. Minwoo dijadualkan untuk menjadi tetamu pada episod 3. Nampak gayanya, penampilan beliau kini dibatalkan. “

Sumber : Newsen | OSEN

loading...