‘Real Man’ Park Hyung Sik tamat latihan asas dan terima penghargaan atas berkelakuan baik

“Ini baru ‘Real Man’ yang sebenar,” Park Hyung Sik.

Umum ketahui, Park Hyun Sik pernah turut serta dalam rancangan variety popular MBC “Real Men”. Park Hyung Sik baru sahaja menamatkan latihan asas ketenteraannya selama lima minggu. Jika sebelum ini beliau hanya difilemkan untuk tontonan umum, nampaknya kini beliau berpeluang merasai sendiri nikmat sebenar ‘Real Man. Beliau telah mendaftar untuk jalani khidmat ketenteraan pada 10 Jun lepas sebagai askar tugas aktif.

Agensi Park Hyung Sik, UAA berkongsi dengan peminat. ” Hari ini (16 Julai), Park Hyung Sik menerima penghargaan pada majlis penyempurnaan penutupan latihan asas yang berlangsung di Pusat Latihan Rekrut Tentera Nonsan di Wilayah Chungcheong Selatan.Beliau diberi penghargaan kerana menunjukkan prestasi yang membanggakan serta berkelakuan baik sepanjang tempoh latihan”

Beberapa orang peminat serta ahli keluarga beliau turut berada di majlis tersebut untuk mengucapkan tahniah kepadanya, dan Park Hyung Sik juga dilaporkan menerima cuti selama tiga kerana mempamerkan tingkah-laku yang baik.

Park Hyung Sik yang telah mendaftar  pada 10 Jun lepas sebagai askar tugas aktif bakal menamatkan khidmat tentera pada tahun 2021 kelak.

Apapun, tahniah kepada Park Hyung Sik!

Sumber : news.nate | newsen

loading...