Jung Joon Young & Choi Jong Hoon tak mengaku merogol mangsa beramai-ramai

Perbicaraan mahkamah mengenai dua orang selebriti, Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon (bekas ahli kumpulan FT Islands) telah berlangsung hari ini rentetan daripada penahanan kedua-duanya oleh pihak polis kerana didakwa merogol beberapa orang wanita dalam satu parti yang diadakan pada tahun 2016. Kedua-duanya menghadapi perbicaraan bersama di atas dakwaan merogol beramai-ramai dan Jung Joon Young juga akan dibicarakan di atas kesalahan  menyebarkan video seks tanpa kerelaan mangsa.

Namun, sebaik saja perbicaraan berlangsung, kedua-duanya tidak mengaku bersalah di atas kesalahan merogol mangsa. Peguam yang mewakili Jun Joon Young memaklumkan ke mahkamah bahawa anak guamnya hanya mengaku pernah merakam dan berkongsi video seks tanpa pengetahuan mangsa. “Jung Joon Young mengaku pernah melakukan seks dengan seorang wanita di dalam sebuah parti pada tahun 2016 tetapi perlakuan seks itu dipersetujui antara mereka, malah mangsa juga tak dibataskan pergerakannya, ” kata peguam Jun Joon Young. (Tuduhan merogol dan menyebarkan video seks secara haram dihimpunkan sekali dalam satu perbicaraan).

Walaubagaimanapun, Choi Jong Hoon menerusi peguamnya tidak mengaku bersalah di atas kesemua dakwaan rogol dilemparkan ke atasnya. “Choi Jong Hoon tak pernah melakukan seks dengan mana-mana wanita pada tahun 2016. Jika defendan lain (Jung Joon Young dan pelaku tak dinamakan) pernah melakukannya dengan mangsa-mangsa tersebut, ia adalah atas dasar sukarela antara mereka ,” hujah peguam Choi Jong Hoon menafikan keterlibatan anak guamnya di atas tuduhan tersebut.

Sebelum ini, dua orang wanita telah membuat aduan polis bahawa mereka pernah dirogol beramai-ramai oleh kedua-dua selebriti tersebut bersama beberapa lagi lelaki lain yang dikenali mereka setelah dipaksa minum sehingga mabuk dalam keadaan tidak sedar diri. Jung Joon Young juga didakwa merakam video seks kesemua wanita yang ditidurinya dan berkongsi video-video tersebut di laman chatroom KakaoTalk yang dihuni oleh beberapa orang termasuklah Seungri, bekas ahli kumpulan Big Bang.

Sumber: chosun ilbo

loading...