[Gempar] Wanita misteri yang berhubung dengan Han Bin (B.I) untuk urusan jual beli dadah ialah Han Seo Hee

Identiti A yang berhubung dengan Kim Han Bin (B.I) untuk urusan jual beli dadah yang dikatakan mungkin berlaku pada tahun 2016 itu, tak lain tak bukan ialah Han Seo Hee.

Menurut Edaily, Han Seo Hee ialah pembekal dadah tersebut. Han Seo Hee bukan saja terbabit dalam kes tangkapan menghisap dadah bersama-sama dengan artis di bawah jagaan YG juga, iaitu Choi Seung Hyun (T.O.P) daripada kumpulan Big Bang, tetapi juga pernah membeli LSD untuk tujuan tersebut. Disebabkan itu juga, Han Seo Hee telah dijatuhkan hukuman tempoh percubaan selama 4 tahun berkuatkuasa daripada tarikh tertangkap dirinya. Selain terbabit di dalam kes tangkapan dadah bersama T.O.P, Han Seo Hee juga pernah mencetuskan kontroversi kerana beberapa kali dilihat mengecam selebriti-selebriti di ruang media sosialnya termasuklah Choi Seung Hyun Big Bang, Na Young Gugudan, Kim Tae Hyung BTS, Cha Eun Woo Astro dan juga Yoo Ah In.

Selepas berlakunya tangkapan ke atas Han Seo Hee pada Ogos 2016, polis dikatakan telah menemui bukti keratan mesej Kakaotalk di antara Han Seo Hee dan B.I. Walaubagaimanapun, Dispatch melaporkan pada asalnya , Han Seo Hee telah pun mengaku bahawa dia telah menyerahkan tempahan dadah itu pada 3 Mei 2016 di hadapan asrama iKON, tetapi tiba-tiba mengubahkan keterangannya semula supaya tidak meletakkan B.I dalam senarai untuk disiasat polis setelah dipinta oleh peguam YG Entertainment. Hasil pendedahan oleh portal Dispatch tersebut telah mengakibatkan B.I mengambil keputusan untuk keluar dari iKON dan kontraknya bersama YG Entertainment ditamatkan serta-merta. Tanda pagar #HanbinStayWithUs dan petisyen pula dinaikkan oleh segerombolan netizen dengan tujuan untuk mengekalkan B.I kembali di dalam iKON, dilihat bertebaran di media sosial bagi memberikan sokongan padu buat B.I.

Sumber: tvdaily , chosun ilbo

loading...