TWICE sedia gamatkan Kuala Lumpur, tiket mula dijual 15 Jun ini!

Penantian peminat kumpulan TWICE atau lebih dikenali sebagai ONCE kini terbayar apabila diumumkan kumpulan ini akan kembali ke Kuala Lumpur Ogos depan.

TWICE yang merupakan salah sebuah kumpulan penyanyi popular Korea Selatan akan menghangatkan Malaysia sempena siri jelajah konsert mereka “TWICE WORLD TOUR 2019 ‘TWICELIGHTS’ IN KUALA LUMPUR” yang akan diadakan pada 17 Ogos 2019 bertempat di Axiata Arena! Hari ini, pihak penganjur yakni iMe MY, telah mengumumkan kepada umum berkenaan penjualan tiket konsert berkenaan. Tiket konsert akan mula dijual secara rasminya pada jam 10 pagi, 15 Jun 2019 bertempat di Atria Shopping Gallery. Manakala penjualan secara atas talian akan bermula jam 7 pm pada hari yang sama. 

TWICE yang turut dikenali sebagai  “Nation’s Girl Group” & “Asia One Top Girl Group” dianggotai oleh sembilan wanita cantik iaitu  NAYEON, JEONGYEON, MOMO, SANA, JIHYO, MINA, DAHYUN, CHAEYOUNG, TZUYU mula debut pada Oktober 2015 di bawah agensi JYP Entertainment. TWICE turut popular dengan lagu catchy mereka dan seringkali meniti dibibir para peminat. Antara lagu hit kumpulan ini antaranya “Like Ooh-Ahh”, “Cheer Up”, “TT”, “Knock Knock”, “Signal”, “Likey”, “Heart Shaker”, “What is Love?”, dan “Dance The Night Away”

TWICE telah muncul dengan single terbaru mereka “FANCY YOU” dan lagu ini telah menapak dikedudukan teratas dikebanyakkan carta muzik Korea sejurus ianya dikeluarkan. Hanya dalam tempoh seminggu dirilis, ianya terjual melebihi 150,000 unit dan sekaligus merekodkan ‘best-selling’ dikalangan kumpulan penyanyi wanita di Korea. Muzik video “Fancy You” telah mendapat tontonan melebihi 42.1 juta selepas 24 jam ianya dilancarkan dan telah melupuskan rekod tontonan tertinggi mereka sebelum ini menerusi “Yes or Yes”.

“TWICE WORLD TOUR 2019 ‘TWICELIGHTS’ IN KUALA LUMPUR” akan diadakan di Axiata Arena pada 17th August mulai jam 4:30pm. Tiket akan dijual pada harga RM788 (Lights Zone/Free Standing), RM688 (VIP), RM588 (CAT 1), RM558 (CAT 2), RM488 (CAT 3), RM388 (CAT4). Tiket-tiket boleh didapati di Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya pada 15th June, bermula jam 10 pagi – 4 petang dan penjualan tiket turut mula dijual pada hari yang sama mulai jam 7 petang.

Setiap pembeli layak membeli sehingga 6 keping tiket setiap orang pada satu-satu masa dan layak menerima limited-edition poster berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat pada hari pelancaran jualan tiket. Pembayaran boleh dilaksanakan menerusi kad kredit, kad debit dan tunai. Sebagai langkah keselamatan, penganjur iMe MY tidak menggalakkan peminat beratur sehingga lewat malam untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.

Jadi, patuhi arahan pihak penganjur dan dapatkan tiket anda dengan berhemah ya.

TWICE WORLD TOUR 2019 ‘TWICELIGHTS’ IN KUALA LUMPUR
DATE : 17TH AUGUST 2019
TIME : 4.30PM
VENUE : Axiata Arena, KL

PRE SALE
DATE: 15TH JUNE 2019
TIME : 10AM – 4PM (ONLINE SALE : 7PM)
VENUE : ATRIA SHOPPING GALLERY, PJ
TICKET PRICE : RM788 / RM688 / RM588 / RM568 / RM488 / RM388
TICKETING : WWW.TICKETCHAGRGE.COM.MY
HOTLINE : +603 9222 8811
PROCESSING FEE : RM4.00 (per tickets)
TICKETS PURCHASE : 6 TICKET (per person)

 

Untuk maklumat lanjut, boleh follow iMe MY diakaun media sosial mereka menerusi FB iMe MY dan IG iMe MY.

loading...