Nichkhun 2PM dan Jisoo BLACKPINK bakal membuat penampilan khas (“cameo”) di dalam drama tvN Arthdal Chronicles.
Wakil produksi drama “Arthdal Chronicles” turut mengesahkan penampilan Jisoo di dalam drama tersebut. Penampilan Nichkhun disahkan oleh JYP Entertainment. Mereka berharap agar pihak media faham bahawa mereka tidak dapat menceritakan lebih lanjut mengenai watak yang akan dilakonkan oleh Nichkhun. Nichkhun juga turut dilaporkan hadir pada majlis pasca produksi drama tersebut.
Nichkhun sudah lama menjejakkan diri dalam bidang lakonan dan telah pun memegang watak utama di filem keluaran Thailand seperti “Brother of the year”. Nichkhun adalah senior idola pertama yang membuka jalan untuk idola bangsa Thai di arena muzik Kpop. Ramai generasi idola Thailand yang turut menjejak langkah Nichkhun seperti BamBam Got7 dan teman sekumpulan Jisoo, Lisa. Jisoo pula baru berjinak di bidang lakonan dengan pernah memegang watak sampingan di dalam drama ” The Producer”. Ini adalah drama kedua Jisoo.
Drama “Arthdal Chronicles” dilakonkan oleh pelakon handalan, Song Joong Ki, Jang Dong Gun dan Kim Ji Won. Drama ini berkisarkan waktu zaman purba di negara rekaan,Arthdal. Reaksi awal penonton agak kurang menggalakan apabila ramai yang membandingkan drama ini dengan produksi Hollywood ” Games of Thrones “. Namun ianya semakin positif apabila semakin banyak episod disiarkan. Drama ini ditayangkan di saluran TVN setiap Sabtu dan Ahad 9 malam. Ianya turut disiarkan secara esklusif di Netflix untuk capaian penonton seluruh dunia. Apa pandangan ada mengenai drama ini ?