Macam-macam kisah rumah tangga yang berlaku pada selebriti-selebriti korea.
Baru-baru ini, kerana takut perkara buruk terjadi pada Kim Nam Joo, suami kepada pelakon ini telah membuat laporan pihak polis tentang kehilangannya sebaik saja mendapati Kim Nam Joo tak dapat dikesan untuk beberapa jam.
Lee Tae Young, pengarah agensi DUKIN AMC menafikan pasangan suami isteri itu bergaduh kerana konflik besar. Beliau kemudiannya menambah, “Pada masa itu, Kim Nam Joo dan suaminya bertemu dengan seseorang yakni Choi Soo Kyung, jurumekapnya di sebuah hotel. Kemudian, sewaktu Kim Nam Joo meminta laluan untuk beredar sekejap, suaminya mendapati dia tak kembali semula. Kim Seung Woo terus membuat laporan polis setelah tak menemui isterinya di rumah. Polis terus membuat serbuan di hotel sebaik saja dilaporkan.”
Namun, akhirnya pelakon yang memenangi anugerah Best Actress 7th CARI Kdrama Awards atas lakonannya di dalam drama jtbc Misty ini ditemui terselamat. “Rupanya, bateri ‘phone’ Kim Nam Joo sudah ‘kong’ , kata Lee Tae Young sambil disambut gelak tawa oleh Kim Nam Joo.
“Tidak apa-apa yang berlaku sebenarnya. Saya sempat bergurau dengan suami, adakah sudah menjadi tugasnya untuk membuat laporan polis? Saya tiba-tiba berasa malu pulak,” kata Kim Nam Joo sambil mengenangkan peristiwa tersebut yang menunjukkan betapa sayangnya Kim Seung Woo kepadanya.
Sebelum ini, media melaporkan Kim Nam Joo menghilangkan diri kerana bergaduh dengan suaminya namun gosip itu segera ditangkis oleh agensinya. Kim Nam Joo dan Kim Seung Woo telah berkahwin sejak tahun 2005 dan dikurniakan dua orang anak, lelaki dan perempuan sepasang.
Sumber: hankyung