10 bujang terlajak Korea ini masih belum berpunya

Tahniah diucapkan pada So Ji Sub setelah berjaya mendirikan rumah tangga dengan kekasih tersayang baru-baru ini. Ada yang patah hati melihat So Ji Sub sudah menjumpai peneman hati. Tapi ada sepuluh selebriti korea yang masih lagi belum menemui pasangan hidup mereka. Mungkin anda boleh cuba, mana tahu ada rezeki.Jom Lihat senarainya di bawah:

1. Jung Woo Sung

Jung Woo Sung tak lama lagi akan mencecah usia emas kerana beliau sudah pun berumur 46 tahun. Jung Woo Sung pernah dilaporkan mencintai Lee Ji Ah sewaktu aktress tersebut masih menjadi isteri orang. Lee Ji Ah pada masa itu sedang mencapai penyelesaian alimoni di mahkamah di atas penceraiannya bersama penyanyi Seo Tai Ji yang mana perkahwinan mereka tak berjaya dihidu oleh media selama lebih sepuluh tahun. Tekanan demi tekanan telah memaksa Jung Woo Sung memutuskan hubungan cinta yang diakui secara terbuka itu beberapa hari selepasnya. Sehingga sekarang, Jung Woo Sung masih berhati-hati untuk menceritakan kisah peribadinya secara terbuka , mungkin risau akan dimalukan seperti itu lagi.

2. Song Seung Hun

Selebriti kacak berbadan sasa yang sudah pun berusia 42 tahun ini tampaknya belum bersedia untuk menemui pasangan hidup barunya. Selama hidup lebih dua dekad menumpukan kerjaya di dalam bidang ‘modeling’ dan lakonan, jarang sekali kedengaran gosip mengatakan Song Seung Hun pernah bercinta melainkan kisah cintanya bersama pelakon China, Li Yiu Fei. Mereka telah pun memutuskan perhubungan pada lewat tahun 2017 yang lalu. Song Seung Hun akan membintangi drama tvN berjudul The Great Show bersama Lee Sun Bin sebagai projek terbarunya selepas OCN The Player.

3. Gong Yoo

Lagi setahun saja Gong Yoo akan mencecah usia 40 tahun. Seperti juga Song Seung Hun, Gong Yoo dilihat jarang menceritakan hubungan peribadinya di depan peminat. Meskipun begitu, pelakon yang memenangi Best Actor 6th CARI Kdrama Awards yang lalu ini pernah berazam untuk mendirikan rumah tangga walaupun sedar hidupnya mungkin jadi begitu sukar selepas berkahwin.  Beliau meletakkan kriteria wanita pilihannya ialah seorang yang dia boleh fahami sebagai pelakon dan juga sebagai lelaki biasa.

4. Kim Nam Gil

Tiada siapa sangka pelakon yang dahulunya dikenali dengan misainya ini, Kim Nam Gil sudah berusia 38 tahun. Namun, Kim Nam Gil belum pernah digosipkan mempunyai kekasih hati melainkan hubungan baiknya dengan pelakon Son Ye Jin. Dalam temuduga bersama ONE TV yang lalu, Kim Nam Gil lebih memfokuskan tentang kerjaya lakonannya berbanding menceritakan tentang soal peribadi. Maka, agak sukar untuk mengetahui apa yang tersingkap di hatinya. Mungkin peminatnya boleh cuba, mana tahu Kim Nam Gil pun boleh berkenan.

5. Jo In Sung

Pelakon berwajah jambu ini akan mencecah usia 40 tahun dalam tiga tahun saja lagi. Pelakon yang memenangi Best Actor 3rd CARI Kdrama Awards ini pernah menyatakan di dalam interview Entertainment Weekly sekitar tahun 2017 bahawa dia mahu melangsungkan perkahwinan secepat mungkin. Namun, tahun 2019 sudah pun menjelma, belum lagi kedengaran desas-desus mengatakan bahawa Jo In Sung sedang mencari seseorang untuk dibuat pasangan hidup. Mungkin beliau masih lagi patah hati melihat bekas kekasih yang disebut-sebut dalam gosip sekian lama dulu iaitu Song Hye Kyo dan Gong Hyun Jung sudah pun mendirikan perkahwinan terlebih dahulu daripadanya. Jo In Sung juga pernah dikhabarkan keluar bersama-sama dengan Kim Min Hee sebelum hubungan itu terputus tengah jalan selepas 18 bulan.

6. Kim Rae Won

Sama seperti Jo In Sung, Kim Rae Won juga bakal menjengah usia 40-an pada tahun 2021 ini. Tak banyak boleh diceritakan secara mendalam tentang soal peribadi Kim Rae Won. Walaubagaimanapun, seperti lakonannya di dalam drama-drama korea, beliau juga sebenarnya seorang yang romantis dan setia pada cinta. Kim Rae Won pernah mengaku dalam satu temudaga bawah dia pernah hampir berkecamuk hatinya sehingga terlintas akalnya untuk membunuh diri kerana dikecewakan oleh seorang kekasih sewaktu masih usia belasan tahun. Peminat menamakan orang itu ialah pelakon Lee Yo Won disebabkan mereka pernah berada di dalam situasi yang sama dahulu. Kemudian, sekitar tahun 2015 , Kim Rae Won turut mengakui mencintai seseorang yang dianggap sebagau kawan sebelum terputus hubungan tak lama selepas itu. Peminat mengesyaki wanita itu telah mendirikan perkahwinan secara senyap-senyap dengan Kim Rae Won kerana pernah ternampak Kim Rae Won menyarungkan cincin pada jarinya, malah peminat juga mendakwa penceraian mereka tak dapat dihidu oleh pihak media.

7. Lee Jun Ki

Berwajah bishie dengan mata yang sepet belaka, Lee Joon Gi juga masih belum menemui kekasih yang baru selepas putus hubungan dengan Jeon Hye Bin untuk mengelakkan wanita itu terus-menerus diganggu oleh peminatnya. Sehingga sekarang, tak pasti samada pelakon yang pernah tercalon Best Actor dan memenangi Popular Actor CARI Kdrama Awards itu masih meneruskan hubungannya dengan Jeon Hye Bin secara senyap-senyap atau telah pun ‘move on’.

8. Lee Dong Wook

Manis digelar ‘wookie’ oleh peminatnya kerana berwajah jambu cair, pelakon yang pernah memenangi Best Supporting Actor 6th CARI Kdrama Awards ini jarang sekali menceritakan kisah peribadinya untuk tontonan awam. Lee Dong Wook pernah dilaporkan berpacaran dengan Suzy sebelum memilih untuk memutuskan hubungan tersebut pada awal tahun 2019. Jadi, beliau akan kekal bujang sehingga tugasnya sebagai hos Produce x101 selesai, barulah beliau mungkin akan mencari pengganti.

9. Hyun Bin

Hyun Bin masih berkira-kira mencari pasangan hati. Pelakon drama SBS Secret Garden dan tvN Crash Landing With You ini dilihat sengaja mencari pasal dengan peminat-peminatnya apabila secara terbuka keluar ‘dating’ dengan pelakon Son Ye Jin walaupun telah dinafikan gosip itu dengan mengatakan mereka sekadar hanya berkawan biasa. Tidak dipastikan samada ia hanya sekadar gimik untuk gandingan bersama di dalam drama mahupun filem, namun segelintir masih berharap Hyun Bin tidak berpunya lagi.

10. Ju Ji Hoon

Akhir sekali, pelakon yang pernah menggetarkan hati peminat sekian lama dulu menerusi drama MBC Princess Hours, belum lagi menjumpai kekasih hati yang baru setelah putus cinta dengan Ga In pada 2017. Hubungan itu terjalin selama tiga tahun. Ju Ji Hoon pernah ditahan pada tahun 2009 kerana didakwa atas kesalahan menghisap dadah jenis ketamin dan ekstasi, yang mana merupakan sejarah gelap di dalam hidupnya, akhirnya dijadikan sebagai batu loncatan untuk bangkit semula di hari-hari mendatang.

 

 

Penulis tak memasukkan Park Hae Jin, Jung Kyung Ho dan lain-lain kerana beliau dilihat lebih muda berbanding pelakon-pelakon di atas. Manakala, mereka yang tersenarai di bawah ini pula sudah mempunyai kekasih hati dan sedang dalam proses untuk mendirikan perkahwinan kelak:

1. Lee Jung Jae

Seperti juga Jung Woo Sung, beliau juga berusia 46 tahun. Pelakon kacak yang menjadi maharaja syurga di dalam filem Along With The Gods ini pernah dikatakan dahulu antara lelaki paling seksi di Korea. Tak banyak dapat diceritakan tentang Lee Jung Jae melainkan bekas kekasihnya dulu ialah anak seorang chaebol syarikat Samsung, Im Se Ryung yakni seorang janda. Beliau akui hubungannya dengan wanita itu telah mengubah pandangannya untuk mendirikan perkahwinan di masa hadapan. Sehingga sekarang, Lee Jung Jae belum lagi memuktamadkan tarikh perkahwinan mereka.

2. Joo Jin Mo

Joo Jin Mo telah berusia 44 tahun pada tahun 2019 ini. Namun, beliau pun sudah menemui kekasih hati yakni seorang doktor kecantikan yang bukan daripada kalangan selebriti. Tak mahu lagi mendedahkan siapakah gerangan wanita itu, Joo Jin Mo dikhabarkan akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi.