Kim Sang Kyung dipilih bergandingan dengan Lee Hye Ri di dalam drama tvN Miss Lee

Penampilan Kim Sang Kyung yang cukup berkarisma di dalam drama saeguk tvN The Crowned Clown sebagai ketua setiausaha diraja telah meyakinkan produser drama tvN Miss Lee untuk bergandingan sebagai pelakon utama di samping Hyeri. Kedua-duanya telah pun mengesahkan akan membintangi drama tersebut pada hari ini.

tvN Miss Lee bertemakan cerita pejabat di mana seorang penyimpan kira-kira daripada unit akauntan syarikat bergelut mendaki hierarki sehingga menjadi CEO. Hyeri sebagai Lee Seon Shim, penyimpan kira-kira itu akan dibantu oleh Yu Jin Wook (lakonan Kim Sang Kyung) , seorang yang realis yang merupakan bekas CEO sebelum Lee Seon Shim mengambil tempat.

Hyeri baru-baru ini telah memeterai perjanjian dengan Creative group ING yang menumpukan sepenuhnya kepada karier lakonan dan menggunakan nama sebenar ‘Lee Hye Ri’ secara rasmi berbanding Hyeri sebelum ini. Hyeri dikenali dengan drama-drama seperti tvN Reply 1988 , SBS Entertainer dan MBC Two Cops manakala Kim Sang Kyung pula dengan resume lakonannya di dalam tvN Crowned Clown yang menyebabkan beliau meraih pencalonan Best Supporting Actor 55th Baeksang Art Awards.

tvN Miss Lee bakal diarahkan oleh Ha Dong Hwa (“OCN Squad 38”) untuk tayangan pada pertengahan tahun ini.

Sumber: OSEN , TV Report

loading...