9 drama Korea terbaru sebagai peneman anda sepanjang Mei ini!

 

Annyeong Yorobun, Chinguyaa,

May is coming! Sebelum itu, Selamat Hari Pekerja kepada semua dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yang beragama Islam. Time flies so fast, right! Seperti biasa, ini dia senarai drama baru Korea yang akan bersiaran sepanjang bulan Mei ini yang mana bakal menjadi drama pilihan hati korang. Selamat menonton, semua!

1. Different Dreams (MBC)

‘Different Dreams’ adalah sebuah drama sejarah di zaman penjajahan ketika Korea di bawah pemerintahan kolonial Jepun. Drama ini  memulakan penggambaran di Mongolia dan Shanghai untuk mewujudkan suasana Kyungsung. MBC ‘Different Dreams’ akan diarahkan oleh Yoon Sang Ho, iaitu pengarah SBS Saimdang dan drama ini ditayangkan sebagai memperingati seratus tahun penubuhan kerajaan republik Korea.

Lee Yo Won akan membawakan watak sebagai pakar bedah Lee Young Jin, yang dibesarkan oleh keluarga dari Jepun, akhirnya menjadi ‘perisik’ yang ditugaskan oleh Kerajaan Jepun-Shanghai untuk menggolakkan lagi peperangan Pasifik berlaku pada 1941 sehingga 1945. Drama ini akan mempersoalkan bagaimana dilema seorang yang berketurunan Korea tapi mempunyai identiti Jepun dalam membantu pihak yang sepatutnya menang dalam peperangan tersebut. Peperangan ini berakhir selepas Jepun mengaku kalah akibat kedua-dua bandar Nagasaki dan Hiroshima dimusnahkan dengan bom atom.

Sementera itu, Yoo Ji Tae sebagai Kim Won Bong, yakni seorang ketua kumpulan rahsia yang menggerakkan pertubuhan untuk menggulingkan kerajaan proksi Jepun yang memerintah Korea pada masa itu. Kim Won Bong merupakan seorang pelajar di Universiti Nanjing Jinling pada 1919, di mana beliau dipengaruhi dengan gerakan anti-penjajahan Jepun. Beliau melibatkan dirinya di dalam aktiviti pembuatan bom dan senjata api untuk melawan tentera Jepun secara terang-terangan sehingga menyebabkan beliau menjadi pelarian apabila diburu oleh pihak tentera Jepun. Watak Kim Won Bong ini juga telah mengingatkan kita pada watak lakonan Yoo Ah In di dalam tvN Chicago Typewriter, juga sebuah drama bertemakan perisikan.

‘Different Dreams’ akan mula bersiaran pada 4 Mei 2019 dirangkaian MBC bagi mengisi slot drama hari Sabtu. Drama ini turut dibintangi oleh Lim Ju Hwan, Nam Gyu Ri, Yoon Jong Hwa, Heo Sung Tae dan ramai lagi.

2. The Secret Life of My Secretary / I Love You From The Beginning (SBS) 

‘The Secret Life of My Secretary’ adalah sebuah drama bertemakan romantik komedi. Persis drama lakonan Park Seo Joon dan Park Min Young sehingga diberi jolokan ParkPark Couple; tvN ‘What’s Wrong With Secretary Kim’, drama terbitan SBS  kali ini masih lagi  bercirikan hubungan romantik antara bos dengan setiausahanya. Namun, biarpun tema yang mungkin hampir sama,  ‘The Secret Life of My Secretary’ diarahkan oleh sutradara baharu, Lee Kwang Young dan penulis skrip Kim A Jung (“MBC Queen of Ring”). Drama ini dibintangi oleh Kim Young Kwang, Jin Ki Joo, Kim Jae Kyun,  Koo Ja Sung dan Mu Ji Sung.

Kim Young Kwang memegang watak sebagai bos bernama Do Min Ik yang berperangai kurang ajar, dingin dan mudah naik angin. Beliau yang merupakan pengarah kumpulan pertama disyarikat telekomunikasi, T&T selalu ‘mendera’ Jung Gal Hee (lakonan Jin Ki Joo) dengan berbagai-bagai tugasan yang tidak sepatutnya. Beliau akan memanggil Jung Gal Hee sesuka   hatinya saja. Jung Gal Hee pula hanya menurutinya tanpa banyak songeh kerana dia sudah terbiasa dengan beban kerja yang banyak. Namun begitu, ketabahan hati Jung Gal Hee telah membuatkan Do Min Ik berubah dan mula menaruh hati kepadanya.

Kim Jae Kyung, bekas kumpulan idol ‘Rainbow’ ini pula sebagai Veronica Park, naib presiden syarikat ‘Cinema Park’  manakala Koo Ja Sung pula sebagai lelaki yang sopan dan menjadi idaman wanita. Ini merupakan drama pertama Koo Ja Sung sebagai salah seorang yang memegang watak utama.

SBS ‘The Secret of My Secretary Life’ ini akan mengisi slot drama Selasa dan Rabu menerusi ONE HD Ch 393, jam 8.15 malam mulai 7 Mei ini.

3. Abyss  (tvN) 

tvN ‘Abyss’ merupakan sebuah drama romantis fantasi mengisahkan tentang keajaiban sebiji bola kristal ‘Abyss’ yang berupaya menghidupkan semula orang yang telah mati namun dalam rupa serta personaliti yang berbeza. Ia melibatkan kehidupan dua orang manusia yang telah mati dan dihidupkan semula dalam versi yang berbeza di mana akhirnya bekerjasama untuk mencari pembunuh mereka. Drama ini dibintangi oleh Ahn Hyo Seop, Park Bo Young, Lee Sung Jae, Lee Si Un, Han Soo Hee dan ramai lagi.

Park Bo Young memegang watak sebagai Go Se Yeon, seorang pendakwaraya yang cantik dan berkarisma pada asalnya sehingga berubah kepada penampilan yang biasa-biasa sahaja setelah mengalami proses kelahiran semula.  Ahn Hyo Seop pula membawakan watak Cha Min, seorang yang memiliki kemewahan dan kelihatan sempurna dari segala aspek namun tidak memiliki rupa yang sejajar dengan kesempurnaan dimilikinya. Setelah dilahirkan semula, beliau memiliki wajah yang kelihatan lebih baik dari sebelumnya.

Drama ini akan menceritakan selanjutnya bagaimana Go Se Yeon dan Cha Min boleh menemukan bola ajaib ‘Abyss’ ini dan kenapa mereka dilahirkan semula dengan tubuh dan personaliti yang berbeza dari sebelumnya. Bagaimana pula bola kristal ‘Abyss’ ini akan memberikan impak pada kehidupan baru mereka yang pastinya penuh dengan pelbagai kisah hidup suka serta duka.

‘Abyss’ diarahkan oleh PD Yoo Je Won yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Park bo Young menerusi ‘Oh My Ghostess’ dan ditulis oleh penulis Moon Soo Yeon bakal menemui penonton mulai 6 Mei bagi menggantikan drama ‘He Is Psychometric’, setiap Isnin dan Selasa jam 9.30 malam disaluran tvN.

4. Voice 3 (OCN) 

“Voice 3 ” adalah kesinambungan dari sekuel 1 dan 2. ianya masih lagi  bergenrekan drama thriller mengisahkan kehidupan 112 pekerja pusat panggilan kecemasan ketika mereka memerangi jenayah berdasarkan bunyi yang didengari mereka. Kali ini mereka berhadapan dengan kartel kejahatan antarabangsa yang terlibat  web gelap internet (internet’s dark web). Sekuel ke 3 ini masih lagi mengekalkan Lee Ha Na dan Kim Woo Seok sebagai peneraju utama.

Jika penonton mengikuti ‘Voice 2’, setelah Kang Woo (Lee Jin Wook) berjaya melumpuhkan aktiviti jenayah Je Soo di sebuah gedung, Jee Soo kelihatan tersenyum sambil mengatakan bahawa Kang Woo akan tewas kelak. Kang Woo kemudian menghubungi Kwon Joo (Lee Na Ha) disatu lokasi lain dan memintanya meninggalkan tempat itu sesegera mungkin tanpa menyentuh sebarang benda kerana tempat itu pada akhirnya meletup.

Boleh dilihat kelibat dua lelaki misteri yang berada di dalam sebuah kereta yang mungkin menjadi ancaman baru kepada Kang Woo dan Kwon Jo. Apakah pula cabaran yang bakal mereka hadapi untuk musim ke 3 nanti? ‘Voice 3’ akan mula berisaran pada 11 Mei untuk slot drama hujung minggu OCN, jam 10.20 malam.

5. Absolute Boyfriend / Romantic Comedy King (SBS) 

Remake drama ini adalah berdasarkan siri manga Jepun yang popular oleh Watase Yuu dengan tajuk yang sama, “Absolute Boyfriend” adalah sebuah komedi romantis mengisahkan tentang robot (android) bernama ‘Night Tenjo’ yang telah diprogramkan untuk menjadi sorang kekasih yang sempurna. Riiko Izawa ialah seorang wanita yang begitu teringin untuk memiliki teman lelaki, dan dia akhirnya memiliki robot tersebut yang dikenali sebagai Night Tenjo. Bagaimanapun, ianya bakal mewujudkan situasi percintaan tiga segi apabila seorang lelaki dipejabat Riiko juga menaruh perasaan terhadapnya.

Yeo Jin Goo akan membawakan watak Young Goo, sebuah robot yang direka untuk menjadi teman lelaki yang sempurna bagi seorang wanita. Minah Girl’s Day pula  memegang watak sebagai seorang jurusolek  kesan khas Uhm Da Da, yang juga memiliki robot tersebut. Hong Jong Hyun memegang watak  seorang pelakon popular Ma Wang Jun dan turut menyimpan perasaan terhadap Da Da.

“Absolute Boyfriend” ini bakal ditulis oleh Yang Hyuk Mun (jtbc – Mirror of The Witch) dan diarahkan oleh PD Jung Jung Hwa yang pernah mengarahkan drama yang berkonsepkan sama iaitu tvN Flower Boy Next Door. Drama ini akan bersiaran di SBS mulai 15 Mei. Berkemungkinan besar, ‘Absolute Boyfriend’ atau ‘Romantic Comedy King’ ini akan disiarkan menerusi ONE HD Ch 393 pada 16 Mei ini, bagi menggantikan  ‘Big Issue’ yang mengisi slot drama Khamis – Jumaat, jam 8.15 malam.

6. Angle’s Last Mission : Love / Dan, Only Love (KBS) 

KBS ‘Love of My Life’ / ‘Dan, Only Love’ bertemakan fantasi romantik di mana ia menceritakan kisah tentang seseorang bidadara syurga yang ditugaskan sebagai dewa asmara (‘cupid’) buat segelintir manusia yang terpilih untuk mencari kebahagian hakiki menerusi cinta. Tugas ini diabadikan sebagai jaminan untuk kembali semula ke syurga idaman. Namun lain pula yang terjadi apabila dia sendiri jatuh cinta terhadap seorang manusia, sekaligus melanggar larangan yang diperintahkan sebagai bidadara syurga.

Myung Soo (L) akan memegang watak sebagai Kim Dan, seorang bidadara syurga, bakal bercinta dengan seorang gadis penari balet, Lee Yun Seo yang akan dilakonkan oleh Shin Hye Sun. Bagaimanapun, Lee Yeon Seo punya hati yang dingin dan tidak tertarik dengan perasaan cinta. Adakah cinta antara bidadara dan manusia dapat disatukan? Mungkinkah dia terpaksa melepaskan misinya ke syurga semata-sama untuk bersama-sama dengan gadis yang dicintainya di dunia?

Lee Dong Gun pula akan membawakan watak Ji Kang Woo, seorang pengarah seni yang menguruskan sebuah syarikat tarian balet di mana dengan keupayaan beliau yang istimewa, beliau dapat melihat potensi sebenar seseorang penari balet.

KBS ‘Love of My Life’ yang bakal diarahkan oleh PD Lee Jung Sub (“KBS Healer”,”KBS Queen for Seven Days”) akan disiarkan menerusi KBS World TV Ch 391 dan 392 HD mulai 16 Mei, jam 9.00 malam untuk slot drama Khamis dan Jumaat.

7. Spring Night (MBC-Netflix)

MBC ‘Spring Night’ yang bertemakan romantis ini menceritakan mengenai kisah pasangan kekasih yang telah lama bercinta di mana telah sampai kepada topik perkahwinan dalam perhubungan mereka. Perkara ini mendorong mereka untuk mengenali dengan lebih mendalam pasangan mereka, saling menghargai dan memahami erti cinta yang sebenarnya. Tanpa disedari, ini membuatkan mereka menemui cinta yang baru.

Han Ji Min akan membawa watak pustakawan bernama Lee Jung In , yang beberapa kali dikecewakan cinta sehingga menongkah usia 30-an. Pada suatu hari, Lee Jung In menemui jejaka kacak, Yoo Ji Hoo yang bakal mengubah hidupnya ke arah lebih baik.

Yoo Ji Hoo, lakonan Jung Hae In adalah seorang ahli farmasi yang memiliki hati yang murni dan apabila beliau inginkan sesuatu, akan diusahakan sebahabis baik untuk mendapatkannya,  MBC Spring Night diarahkan oleh PD Ahn Pan Suk yang popular dengan naskah seperti jtbc Pretty Noona Who Buy Me Foods , jtbc Secret Love Affair dan SBS Heard It Through Grapevine.

Drama ini boleh ditonton menerusi capaian Netflix. Netflix dijadualkan untuk menayangkan drama MBC ‘Spring Night’ gandingan Jung Hae In dan Han Ji Min 22 Mei 2019. Penonton di Asia boleh menontonnya selepas satu jam tayangan di Korea.

8. The Wind Blows (JTBC) 

Bertemakan melodrama, ‘The Wind Blows’ mengisahkan seorang lelaki yang memutuskan untuk menceraikan isteri tercinta selepas disahkan menghidap penyakit Alzhemier dan seorang wanita yang ingin menceraikan suaminya kerana ingin mempunyai cahaya mata. Plot penceritaan bermula apabila mereka ditakdirkan bertemu semula selepas enam tahun.

Kim Ha Neul akan memegang watak sebagai Soo Jin, yang digambarkan sebagai seseorang yang mencari semula cinta yang baru setelah berpisah dengan suaminya. Kam Woo Sung pula sebagai Do Hoon, penghidap penyakit Alzhemier dan seorang lelaki yang hatinya untuk wanita yang sama untuk dua kali. Keduanya adalah cinta mati masing-masing sebelum mereka berpisah. Apakah yang akan terjadi apabila bekas suami isteri ini bertemu semula? Adakah cinta mereka akan bertaut kembali?

‘The Wind Blows’ diarahkan oleh Jeong Jeong Hwa (Bel Ami dan Flower Boy Next Door) dan skripnya ditulis oleh Hwang Joo Ha ( yang pernah menghasilkan naskhah drama Mrs. Cop). Drama ini akan menemui penonton pada 27 Mei menerusi rangkaian JTBC untuk mengisi slot drama Isnin – Selasa.

9. Aide (JTBC)

‘Aide’ menceritakan kisah para penyokong dan penasihat politik yang merupakan kuasa besar disebalik perjalanan sesebuah parti politik, Ia juga akan menceritakan kisah ahli politik yang memerintah serta mengawal dunia sedangkan disebaliknya mereka terlibat dengan perjudian berbahaya dalam dunia politik bagi mereka yang menceburi bidang tersebut.

Drama ini merupakan kisah hidup penasihat politik yang paling teratas, Jung Tae Joon, lakonan Lee Jung Jae, yang sentiasa memburu untuk mendapatkan kuasa yang lebih besar dan berpengaruh. Shin Min Ah akan memegang watak sebagai Kang Sun Young, seorang ahli parlimen yang cuba untuk memcahkan tradisi sedia ada. Beliau merupakan seorang peguan yang berbakat dan pernah mengelolakan program TV berkaitan isu semasa dan kini beliau dipilih sebagai sebagai ‘YB’ baru oleh parti politik yang disertainya. Ini merupakan kemunculan semula Shin Min Ah selepas drama ‘Tomorrow With You’ untuk siaran tvN pada 2017.

Lee Elijah pula akan membawakan watak Yoon Hye Won, seorang setiausaha tahap 6 hasil usaha yang tiada henti, rajin, bersemangat sehingga berjaya mengecapi kedudukannya biarpun di usia muda. Hye Won memiliki instinct yang kuat dalam melakukan tugasannya samada ianya betul atau sebaliknya dan beliau menolak untuk mengambil jalan pintas. Hye Won bekerja dipejabat Parlimen bersama Jung Tae Joon penasihat tahap 4. Kim Dong Joon pula akan memegang watak Han Sung Kyung , seorang intern yang penuh semangat.

‘Aide’ ditulis oleh Lee Dae Il (OCN-Life on Mars) dan diarahkan oleh PD  Kwang Jung Hwan (Miss Hammburabi) turut dibintangi oleh Jung Jin Young, Kim Kap Soo, Jung Woong In dan ramai lagi. Drama ini akan mengisi slot Jumaat-Sabtu dirangkaian JTBC mulai 31 Mei ini.