“Kill This Love” memukau perhatian; Blackpink cipta rekod tontonan tertinggi di Youtube dalam masa 24 jam

Blackpink kembali lagi dengan lagu “Kill This Love” selepas sudah dua bulan kumpulan ini datang menjenguk peminatnya di Malaysia. Blackpink mengumumkan ‘comeback’ mereka melalui video dan poster ‘teaser’ setiap ahlinya. Sudah pasti lagu yang dibawa oleh Blackpink mempunyai aura yang berlainan.

Hal ini dapat dilihat melalui lagu ‘Ddu-Du Ddu-Du” yang muzik videonya menjadi video yang paling kerap ditonton di Youtube sebanyak 736 million tontonan. Lirik lagu “Kill This Love” ditulis oleh Teddy dan Bekuh BOOM dan lagu dicipta oleh Teddy, R.Tee dan Bekuh BOOM dengan bercirikan semangat jati diri. Blackpink tampil dengan lagu yang memukau ini walaupun pelbagai onak dan duri menimpa syarikat yang menyelia mereka iaitu YG Entertainment akibat skandal yang berkait dengan Seungri, bekas ahli kumpulan Big Bang..

Sehingga kini, video muzik “Kill This Love” telah mencatat rekod dunia terbaru dengan bilangan tontonan tertinggi di YouTube dalam masa 24 jam iaitu sebanyak 56.7 juta mengatasi pencapaian dibuat oleh Ariana Grande dengan tontonan sebanyak 55.4 juta. “Kill This Love” juga mendapat kedudukan no.1 di dalam carta muzik harian Korea ; Bugs, Soribada, Naver dan Mnet sejak semalam.

Apapun, semoga Blackpink terus sukses dan memasukkan Malaysia dalam senarai jelajah konsert mereka lagi.

Tambah lagu “Kill This Love” daripada Blackpink dalam “playlist” anda!

Sumber: Billboard

loading...