Semakin hilang taring, YG Ent, tersasar dari kelompok ‘Big 4’

Kebelakangan ini begitu banyak kontroversi melanda agensi YG Entertainment sehinggakan tidak terdaya mereka menangkisnya. Sedikit sebanyak tercalar jua imej serta reputasi yang telah lama kukuh terbina itu.

Disebabkan kontroversi yang masih melekat pada badan YG, yang dahulunya dikenali agensi kelompok ‘Big 3’ dalam kalangan agensi pengurusan artis-artis Korea, nampaknya buatkan wartawan media hiburan tidak duduk diam. Para wartawan kini tampil dengan terma baru dalam laporan mereka menyatakan “Tiada lagi era ‘Big 3’. Kini era ‘Big 4’ pula yang akan mengemudi industri muzik Korea”.

Terdahulu ‘Big 3’ dihuni oleh SM Entertainment dan JYP Entertainment termasuk YG Entertainment yang kini telah keluar carta. Namun kini hanya dua syarikat gergasi tersebut (SM & JYP) yang masih kekal untuk mengisi ruang ‘Big 4’.

Nampaknya tiada ruang untuk YG Entertainment untuk terus meneraju industri muzik Korea buat masa ini. Media melaporkan “YG Entertainment, pernah menjana angka pendapatan yang tinggi dari 2015-2017 melalui  siri jelajah dunia Big Bang, siri jelajah Big Bang ke Jepun, fan meeting dan sebagainya yang lebih berkait dengan Big Bang. Bagaimanapun, pendapatan YG mula menurun sejak tahun lepas kerana majoriti ahli-ahli Big Bang kini sedang menjalani khidmat ketenteraan. Tambahan dengan skandal baru-baru ini yang melibatkan Seungri menyebabkan harga saham YGE pasang surut dan pastinya agensi tersebut memang berada diparas bergelora sejak sebelum skandal lagi.”

Big Hit Entertainment dan CJ ENM adalah penghuni baru  yang mengisi ruang untuk ‘Big 4’ bagi menggantikan tempat peninggalan YGE. Menggantikan YG Entertainment sebagai Menurut laporan media, “Walaupun CJ ENM tidak menguruskan artis secara langsung, namun syarikat tersebut dilihat mengukuhkan pengaruhnya menerusi kaedah pelaburan seperti mengambilah label-label hiburan lain sebagai anak syarikatnya. Antara label-label hiburan tersebut adalah Jellyfish Entertainment, Stone Music Entertainment, Swing Entertainment, Amoeba Culture, AOMG, Hi-Lite Records dan H1GHR MUSIC sekaligus menjadikan CJ ENM sebagai ‘top gun’ dalam industri muzik kini.

Pengaruh CJ ENM diperkukuhkan lagi apabila bekerjasama dengan Big Hit Entertainment dengan menubuhkan label baru, Belift. Mereka juga mempunyai hasrat untuk membentuk sebuah kumpulan baru yang akan mengikut jejak BTS.” Antara faktor lain yang dikaitkan dengan perkembangan CJ ENM dalam industri muzik ialah mereka adalah pemilik stesen penyiaran kabel Mnet, serta orang kuat yang memperkenalkan dan menerbitkan siri ‘Produce’ (Produce 101, Produce 101 S2, Produce x 101).

Siapa sangka kini Big Hit Entertainment adalah syarikat baru (rookie) yang diklasifikaskkan sebagai ‘Big 4’ atau antara syarikat yang paling berpengaruh dalam industri muzik. Big Hit adalah mereka yang bertanggungjawab membawa BTS ke dunia hiburan. Media melaporkan dengan menyatakan, “BTS dan Bit Hit kini dilihat berkembang  dengan jayanya. Bermula dengan tanpa dikenali sehingga kini mereka telah mencipta pelbagai kejayaan sehingga dikenali dipelesok dunia. BTS dan Big Hit Entertainment antara artis dan agensi yang mewakili Korea Selatan ke persada dunia.

Penganalisis kewangan bahkan meramalkan bahawa Big Hit mungkin boleh mengatasi rekod SM, JYP, dan YG tidak lama lagi untuk menjadi sebuah syarikat hiburan yang mempunyai pendapatan tertinggi dalam sejarah. Agensi tersebut juga memandang serius dan mengambil berat tentang risiko yang bakal mereka hadapi terutamanya ketika kontrak BTS yang bakal tamat tahun lepas. Mereka kemudian berjaya mengurangkan potensi risiko apabila berjaya memperkenalkan sebuah lagi kumpulan baru selepas BTS. Adik baru BTS ini, iaitu TXT kini giat memperkukuhkan nama mereka setelah debut pada 4 Mac lalu.”

Apakah pula yang bakal menimpa dengan agensi tersohor – YG Entertainment dan artis-artis di bawah naungannya selepas ini? Sayang seribu kali sayang, mereka perlu kan ‘major changing’ dari segenap aspek untuk kembali membalut reputasi yang kian tercalar.

Sumber : Allkpop

loading...