[Terkini] Junnosuke Taguchi KAT-TUN ditangkap polis kerana menghisap ganja

Bekas ahli kumpulan KAT-TUN,  Junnosuke Taguchi ditangkap polis tadi kerana memiliki dadah jenis ganja.

Beliau ditahan bersama-sama dengan teman wanitanya iaitu aktress Rena Komine. Mereka berdua dilaporkan sebelum ini berpacaran dan tinggal bersama di Tokyo.

Menurut Jabatan Kawalan Narkotik rantau Kanto, mereka menemui beberapa gram ganja selain alat yang digunakan untuk menghisapnya. Sebelum ini, bekas ahli kumpulan KAT-TUN, Koki Tanaka turut ditahan kerana memiliki ganja tetapi dibebaskan dengan jaminan polis tanpa dibicarakan.

Kattun sewaktu di zaman kegemilangan mereka.

Taguchi meninggalkan KAT-TUN sejak tahun 2016 lagi. Delain Taguchi dan Tanaka, KAT-TUN turut dibarisi oleh selebriti-selebriti popular seperti Jin Akinishi dan Kazuya Kamenashi.

loading...