Hyun Bin memilih drama penulis skrip SBS My Love From The Star untuk projek seterusnya ?

Penat mungkin tak kebah lagi, tetapi Hyun Bin mungkin sudah pun menimbang tawaran lakonan untuk drama terbitan tvN terbaru yang tak dinamakan judulnya lagi buat sementera ini. Ia bakal mendapat Park Ji Eun yang terkenal dengan drama seperti MBC Queen of Reversals, KBS My Husband Got a Family, SBS My Love From The Star, dan SBS The Legend of The Blue  sebagai penulis skripnya. SBS My Love From Star pernah dinobatkan Drama of The Year dalam 3rd CARI Kdrama Awards lalu.

Menurut portal Han Media, Hyun Bin dan Park Ji Eun telah berjumpa sesama sendiri untuk membincangkan projek drama seterusnya. Park Ji Eun dalam satu kenyataan lain turut mengesahkan perjumpaan tersebut walaupun merahsiakan maklumat lanjut mengenai skrip tulisannya.

Park Ji Eun berkata , “Ya, memang betul. Kami sudah dimaklumkan tentang jadual Hyun Bin untuk pertengahan tahun ini. Jika Hyun Bin sertai, persiapan untuk drama ini pasti mantap belaka.” Manakala, VAST Entertainment yang mewakili Hyun Bin mengesahkan perjumpaan tersebut tapi juga memaklumkan belum ada keputusan dapat dicapai lagi.

Park Ji Eun mempunyai tabiat membawa aktress yang sama berlakon dalam dramanya seperti dilakukan terhadap Kim Nam Joo dan Jun Ji Hyun. Mungkinkah kita dapat menyaksikan Hyun Bin dan Jun Ji Hyun bergandingan sama?

Hyun Bin baru saja selesai membintangi drama tvN Memories of Alhambra bersama Park Shin Hye. tvN Memories of Alhambra yang berkisarkan tentang kehidupan visual maya dan realiti berjaya meraih rating agak tinggi untuk cenel tvN pada akhir tahun lepas selain dikritik memaparkan elemen jalan cerita yang mengejutkan tetapi kurang pencerahan yang berkesan sehingga membuatkan penonton terpinga-pinga walaupun drama sudah berakhir.

Sumber: sport chosun , hankookilboo 

loading...