Cha Hak Yeon ViXX & Key SHINee bersiap sedia untuk ‘enlist’ pada hari ini

Cha Hak Yeon atau dikenali sebagai N daripada kumpulan VIXX dan Kim Ki Bum (Key) daripada kumpulan SHINee akan menyertai latihan khidmat negara bermula hari ini.

Serentak dengan itu, Cha Hak Yeon telah membuat kemas kini terakhir di laman sosial instagram nya pada lewat malam dengan berambut pendek sebagai syarat tetap memasuki ketenteraan dan turut meletakkan kaspyen bahawa dia akan lakukan dengan baik semasa di sana. Manakala, Key SHINee telah memuat naik tangkap layar (‘screenshot’) surat peribadi di laman instagram nya meyakinkan peminat-peminatnya supaya tak bimbang dengan keadaan dirinya dan menunggu kemunculannya semula selepas dua tahun.

Kedua-duanya menyertai cabang kugiran ketenteraan. Cha Hak Yeon baru saja selesai membintangi drama MBC Children of Nobody di samping Kim Sun Ah manakala Key SHINee yang pernah tercalon Best Supporting Actor dalam 5th CARI Kdrama Awards menerusi drama tvN Drinking Solo ini baru saja selesai mempromosikan album kumpulannya, The Story of Light.

View this post on Instagram

오늘의 기록_20190304 잘 다녀오겠습니다.

A post shared by 차학연 (@achahakyeon) on

loading...