Han Suk Kyu bakal kembali dengan drama bergenre psikologi , OCN ‘Watcher’ arahan PD Ahn Gil Ho

Setelah mempamerkan lakonan penuh berkarisma sebagai doktor bedah merangkap mentor di dalam drama popular SBS Romantic Doctors, Teacher Kim sehingga melayakkannya menerima pencalonan Best Actor 6th CARI Kdrama Awards, Han Suk Kyu bakal kembali dengan drama suspen bergenre psikologi terbitan OCN. Ia bakal mendapat Ahn Gil Ho sebagai sutradaranya bersertakan penulis skrip tvN Good Wife, Han Sang Woon. Ahn Gil Ho merupakan pengarah drama yang penuh profilik dengan adegan suspens seperti ditonjolkannya di dalam tvN Stranger dan tvN Memories of Alhambra.

OCN ‘Watcher’ memaparkan kisah tentang tiga orang lelaki dan seseorang perempuan yang berhubungan baik telah berpatah arang disebabkan sesuatu tragedi mengayat hati berlaku pada masa lalu. Namun, takdir menemukan mereka semula sebagai pasukan penyiasat polis tentang korupsi.  Han Suk Kyu  akan memegang watak utama yang menjadi ketua kumpulan tersebut.

Menurut donga, Han Su Kyu masih menimbangkan tawaran berkenaan secara positif. OCN ‘Watcher’ akan ditayangkan selepas pertengahan tahun 2019.

Sumber: sport donga , OSEN

loading...