Park Ha Sun terpaksa mencurangi suaminya demi Lee Sang Yeob di dalam Channel A “Love Affairs in the Afternoon”

Park Hae Sun dan Lee Sang Yeob telah mengesahkan penglibatan mereka dalam drama bersiri terbitan Channel A , berjudul “Love Affairs in the Afternoon” yang merupakan adaptasi drama Jepun dengan tajuk yang sama pada tahun 2014.

Ia berkisarkan tentang kehidupan rumah tangga yang terumbang-ambing kerana kecurangan dihalalkan. Dalam siri yang asal, watak Rikako Takikawa lakonan Michiko Kichise menduakan suaminya dan dia telah mengenakan surirumah kenalannya, Sawa Sasamoto lakonan Aya Ueto bersedudukan dengan lelaki lain. Park Ha Sun dikatakan akan membawakan watak adaptasi kepada Sawa Sasamoto tersebut, yakni So Ji Eun.

Son Ji Eun ialah seorang yang penuh dengan sifat ikhlas dan tinggal di kawasan perkampungan dengan suaminya merupakan seorang pekerja kerajaan. Dia kadang-kadang bekerja separa masa di pasaraya kecil. Pada suatu hari, dia telah dikenakan oleh seseorang sehingga bersedudukan dengan lelaki yang bukan suaminya, Yun Jung Woo lakonan Lee Sang Yeob.

Yun Jung Woo pula merupakan cikgu biologi sementara yang ditempatkan sekolah kecil di perkampungan itu. Seseorang yang sangat baik dan menyukai binatang, tetapi akhirnya telah bersedudukan dengan isteri orang.

“Love Affairs in the Afternoon” versi Jepun sebelum ini dipuji atas naratif yang provokatif serta visual yang mengagumkan. Ia akan memfokuskan isu kecurangan sebagai cinta yang tak dapat dielakkan.

Drama ini akan diarahkan oleh Kim Jung Min yang pernah tercalon Best Director 2nd CARI Kdrama Awards dan mendapat khidmat penulis skrip baru, Yoo So Jung, bakal dicadangkan untuk tayangan musim panas tahun 2019.

Sumber: OSEN

loading...