Adakah Arashi akan terbubar menjelang tahun 2020 ???

Arashi, yakni kumpulan idol Jepun paling terkenal pada awal 2000-an mendatangkan huru-hara sekejap dalam kalangan peminat jpop apabila mereka dikhabarkan tidak meneruskan aktiviti lagi selepas 31 Disember 2020, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa kumpulan itu akan terbubar tak lama lagi.

Walaubagaimanapun, agensi hiburan Johnny menafikan khabar angin tersebut. “Bukan terbubar, tapi mereka perlu berehat untuk jangka masa panjang. Mereka tak lagi bergerak sebagai satu kumpulan, ” katanya.

Ia adalah keputusan drastik diambil oleh ketua kumpulan Arashi, Satoshi Ohno selepas berbincang dengan ahli-ahli kumpulan lain seperti Jun Matsumoto, Kazunari Ninomiya, Sho Sakurai dan Masaki Aiba untuk memulakan hidup baru dengan lebih bebas. “Saya mahu lakukan sesuatu yang tak pernah saya buat lagi di dunia ini. Maka sebab itu saya perlu berehat ,”katanya.

Sebaliknya, Kazunari Ninomiya menyangkal dakwaan bahawa Arashi akan terbubar dengan pengunduran Satoshi Ono daripada kumpulan itu untuk jangka masa panjang. Dia menambah , ” Saya tak pernah jangka Satoshi luahkan perasaannya sedemikian. Arashi tetap dengan lima orang sebagai ahlinya.” Manakala, Masaki Aiba pula akan cuba berbuat sesuatu untuk meneruskan Arashi dengan keringat ahli sedia ada.

Arashi merupakan antara kumpulan idol paling laku di Jepun dengan jualan album melebihi puluhan juta. Salah seorang ahli kumpulannya, Jun Matsumoto yang lebih dikenali sebagai bibtang drama Jepun dengan membintangi beberapa drama yang agak popular seperti Hanayori Dango , Bambino dan lain-lain lagi.

loading...