Drama sageuk tvN Hundred Days Husband bakal jadikan Do Kyung Soo dan Nam Ji Hyun sebagai suami isteri

Produksi tvN sekali lagi menggemparkan sidang media sebentar tadi dengan pemilihan pelakonnya termasuklah Do Kyung Soo, Nam Ji Hyun, Jo Sung Ha, Kim Sun Ho dan Han So Hee. Drama yang diberi nama sebagai ‘Hundred Days Husband’ sebagai judulnya akan menjadikan Do Kyung Soo, bintang kumpulan Kpop EXO ini sebagai hero utama buat pertama kali dalam arena kdrama sejak menceburkan dirinya beberapa tahun yang lalu.

tvN Hundred Days Husband berkisarkan tentang seorang putera mahkota bernama Lee Yool dari kerajaan Joseon yang hilang selama seratus hari, dijumpai oleh Hong Shim lakonan Nam Ji Hyun dalam keadaan di mana mereka terpaksa menyamar sebagai suami isteri sementara. Mereka menguruskan kedai terkemuka di Joseon sebagai protes melawan cukai yang amat tinggi dikenakan kepada rakyat marhaen oleh bangsawan paling celaka di Joseon lakonan Jo Sung Ha sehingga digelar ‘bapa cukai negara’.  Mungkin mempunyai sedikit persamaan dengan drama MBC Ruler Master of Mask, drama ini dikatakan mengambil inspirasi daripada trilogi filem Jason Bourne. Ini merupakan drama pertama Nam Ji Hyun, pelakon yang pernah tercalon Best Supporting Actress CARI Kdrama Awards sebelum ini, selepas SBS Suspicious Partner dan MBC Shopping King Louis masing-masing dibintangi bersama dengan Ji Chang Wook dan Seo In Guk.

tvN Hundred Days Husband akan diarahkan oleh Lee Jong Jae yang terkenal dengan sutradara drama OCN Duel dan ditulis oleh No Ji Sul (“SBS My Lovely Girl”, “SBS Scent of Woman”). Ia akan dihasilkan 100% sepenuhnya sebelum disiarkan pada pertengahan tahun ini.

Sumber: OSEN , xsportnews

 

loading...