[Siri 10] Rahsia di sebalik alat solekan BTS x VT

Koleksi solekan BTS X VT telah lama wujud di pasaran. Seingat penulis, pada bulan Disember tahun lepas, penulis berpeluang untuk melihat koleksi Cushion BTS x VT di Play Up Advanced. Standee BTS menghiasi kedai, di samping gadis- gadis Army yang begitu teruja, Play Up Advanced mempromosikan Produk terbaru dari VT hasil dari kerjasama bersama kumpulan BTS. Cushion Real Collagen Pact hadir dalam dua warna bekas iaitu putih dan hitam. Ketika itu, terdapat juga edisi istimewa yang mana Cushion ini di dalam bekas istimewa BTS dan bersertakan poster BTS.

Play Up Advanced adalah satu kedai berkonsepkan kecantikan yang terletak di tengah-tengah Fahrenheit 88. Apa yang istimewa dengan kedai ini adalah, mereka memfokuskan kepada produk-produk kecantikan Asia seperti dari Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Thailand dan sebagainya lagi. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis produk Kbeauty yang sukar diperolehi di tempat-tempat lain.

Pada tahun 2018, BTS X VT sekali lagi mengeluarkan set solekan dan kali ini mengetengahkan watak-watak comel BT21. Koleksi kali ini bukan sahaja comel, memiliki makna istimewa di hati peminat dan pada masa yang sama, memberi gambaran mengenai solekan ahli kumpulan BTS berdasarkan warna-warna yang dihasilkan.

Koleksi ini memiliki 8 jenis warna gincu Matte. Tiub gincu yang begitu comel dan bersifat seperti Collectables, kalau penulis tentu sayang untuk menggunakannya. Di dalam bekas-bekas comel ini, gincu ini tidak kurang hebatnya. Memiliki warna-warna yang Popping, mampu menceriakan wajah dan hari anda sepanjang hari. Bagi penulis, gincu-gincu ini cukup cantik dengan solekan tipis. Memiliki warna-warna seperti Pure Coral, Pop Orange, Awesome Pink, Potent Red manakala warna-warna lembut seperti Syrup Red, Mellow Coral, Vanilla Pink dan Nude Brick. Pasti Selfie Instagram pembaca akan kelihatan begitu manis dan cantik.

Selain gincu, mereka juga menghasilkan 6 bekas pembayang mata ataupun eyeshadows. Yang mana, setiap bekas memiliki 7 warna pembayang mata mengikut tema tona warna.  Terdapat pelbagai warna, tetapi sekiranya anda ingin membuat solekan ala Kbeauty, penulis cadangkan untuk mengambil pembayang mata tema Mood Brown ataupun Mood Indigo. Warna-warna ini bersesuaian untuk menghasilkan gaya solekan mata Aegyo gadis Korea.

Koleksi ini turut menampilkan Cushion Compact dan Tinted Milk CC Cream bagi mereka yang menyukai solekan nipis dan Tinted Foundation bagi mereka yang menyukai solekan penuh. Selain itu juga, BTS x VT ini turut menampilkan asas solekan iaitu Tinted Base dan Tinted Shimmering Luminizer yang akan memberikan gaya solekan Glowy kepada pengguna.

https://www.instagram.com/p/BrpZJN3FeKG/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=8m9wmgrvkniw

Bukan itu sahaja, sempena istimewa hari Natal, BTS x VT mengeluarkan satu koleksi istimewa yang mana pembaca boleh mendapat maklumat lanjut di laman web rasmi  mereka untuk pre-order (penulis tidak pasti sama ada mereka memiliki penghantaran sehingga ke Malaysia buat mana ini) dan akaun rasmi Instagram VT @VTCOSMETICS_official . Sama-sama kita nantikan koleksi terbaru dari BTS x VT ini dan sekiranya penulis terjumpa mungkin di Play Up Advanced, akan penulis khabarkan segera.

Sumber :  Allure ; Bustle

 

 

 

 

 

loading...