Shin Hye Sun tampaknya semakin laku dan menjadi rebutan produser tv untuk membintangi drama keluaran mereka. Boleh dikatakan lebih daripada 3 drama dibintangi oleh aktress ini pada tahun 2018 termasuklah SBS Still 17 dan SBS Hymn of Death masing-masing digandingkan bersama dengan Yang Se Jong dan Lee Jong Suk. Kali ini, beliau ditawarkan untuk berlakon di dalam drama siri terbaru KBS berjudul ‘Love of My Life’ atau secara lateralnya ditulis sebagai ‘Dan, Only Love’ di samping Kim Myung Soo (L) .
KBS ‘Love of My Life’ menceritakan kisah tentang seseorang bidadara syurga yang ditugaskan sebagai dewa asmara (‘cupid’) buat segelintir manusia yang terpilih untuk mencari kebahagian hakiki menerusi cinta. Tugas ini diabadikan sebagai jaminan untuk kembali semula ke syurga idaman. Namun lain pula yang terjadi apabila dia sendiri jatuh cinta terhadap seorang manusia, sekaligus melanggar larangan yang diperintahkan sebagai bidadara syurga.
Myung Soo akan memegang watak sebagai bidadara syurga tersebut , bakal bercinta dengan seorang gadis penari balet yang akan dilakonkan oleh Shin Hye Sun. Adakah cinta antara bidadara dan manusia dapat disatukan? Mungkinkah dia terpaksa melepaskan misinya ke syurga semata-sama untuk bersama-sama dengan gadis yang dicintainya di dunia?
Ini merupakan drama pertama Kim Myung Soo sejak jtbc Hammurabi ditayangkan pada musim bunga 2018 lepas, manakala drama terbaru Shin Hye Sun sejak SBS Hymn of Death yang baru habis ditayangkan minggu lepas. Shin Hye Sun baru-baru ini dipuji kerana berjaya melakonkan watak Yun Shim Deok, gadis soprano pertama yang merakamkan lagu kematian sebelum terjun membunuh diri bersama kekasihnya. KBS ‘Love of My Life’ yang bakal diarahkan oleh PD Lee Jung Sub (“KBS Healer”,”KBS Queen for Seven Days”) akan disiarkan menjelang Mei tahun 2019 hadapan.
Sumber: zenithnews , tv report