Kim Min Seok berangkat menjalani latihan ketenteraan bermula 10 Disember ini

Kim Min Seok yang melakonkan watak dari seorang pencuri kepada seorang askar yang berwibawa dalam drama ‘Descendents Of The Sun’ (DOTS). Para peminat Kim Min Seok bakal menyaksikan di dunia nyata Min Seok berpakaian askar serba lengkap kerana beliau bakal mengikuti latihan ketenteraan selama dua tahun bermula 10 Disember ini sehingga Julai 2020.

Kim Min Seok mula menempa nama melalui ‘Superstar K3” pada tahun 2011 dan berjinak dalam industri drama melalui KBS DOTS, SBS Doctors, SBS Defendant dan tvN Because This Is My First Life. Beliau sempat menghabiskan pengambaran dramanya yang bertajuk ‘Clowns’ dan ‘Perfect Man’ sebelum memulakan latihan ketenteraannya.

Kelibatnya bakal dirindui di kaca televisyen bersama barisan artis yang lain. Namun, tanggungjawab terhadap negara perlu diutamakan.

Semoga dapat menjalani latihan ini dengan jayanya Min Seok-ya!

Sumber: Naver

loading...