Jinyoung Got7 sebagai pasangan kekasih Shin Ye Eun di dalam tvN That Psychometric Guy

Produser tvN menerusi pengarahnya, PD Kim Byung Soo (“tvN Hwayuki”,”tvN Bubblegum”,”tvN Nine Travel”) yang kreatif dalam seni kesutradaraan berjaya mendapatkan Jinyoung Got7 bagi membintangi drama terbaru tvN berjudul ‘That Psychometric Guy’ untuk digandingkan bersama pelakon baru Shin Ye Eun. Jinyoung merupakan salah seorang ahli kumpulan kpop Got7 manakala Shin Ye Eun direkruit atas pengalamannya di dalam drama web ‘A Teen’.

tvN ‘That Psychometric Guy’ berkisarkan tentang Lee Ann yang bakal dilakonkan oleh Jinyoung yang mempunyai kemahiran membaca fikiran seseorang sebaik saja Lee Ann menyentuh tangannya. Disebabkan kebebalannya meskipun kelihatan kacak bergaya, Lee Ann menganggap kuasa dimilikinya itu dapat mengusir orang yang berniat jahat terhadap seseorang. Maka, apabila dia menemui Yoon Jae In yang mengalami trauma sebelum ini, mereka cuba bekerjasama untuk menyelesaikan kes-kes di dalam pemerhatian mereka. Namun, ianya tak semudah seperti disangka.

tvN ‘That Psychometric Guy’ merupakan drama pertama Jinyoung menerajuinya sebagai pelakon utama. dan bakal ditulis oleh penulis skrip maknae, Yang Jin A. Ia akan disiarkan menjelang pada musim bunga tahun 2019.

Sumber: news1

loading...