Video kontroversi Jennie Blackpink di Youtube dipadamkan selepas tular

Video dengan tajuk ‘Lazy Jennie’ atau Jennie pemalas dimuatnaik oleh seseorang netizen di laman Youtube telah disekat oleh YG Entertainment selepas video berkenaan sejak semalam telah mencatat bilangan tontonan sebanyak lebih 2 juta orang.

https://www.youtube.com/watch?v=Nv4sxmo91N4

Netizen itu memuatnaik video yang membandingkan tarian Jennie Blackpink pada tahun 2016 berbanding 2018, kemudiannya menjadi tular dan mendapat perhatian daripada YG Entertainment untuk menyekatnya atas dasar hakcipta terpelihara. Sebilangan peminat Blackpink, Blinks turut mengkritik tentang persembahan sambil lewa yang ditunjukkan oleh Jennie jika dibandingkan rakan-rakan sekumpulannya, Rose, Lisa dan Ji Soo yang agak bekerja keras dalam memastikan persembahan mereka memenuhi kehendak penonton. Bagaimanapun, sebilangan lagi mempertahankannya dengan anggapan bahawa Jennie mengalami kecederaan di kakinya pada malam sebelum kejadian.

Lagu sulung Jennie berjudul ‘Solo’  telah dilancarkan pada 14 November lepas dan memperolehi  kedudukan tertinggi di carta Gaon dan setara dengannya, selain turut mendapat no.1 di carta Billboard World Digital Song Sale, membuktikan penangan ‘Solo’ bukan calang-calang hebatnya.

Video lain yang turut menjadi sampel perbandingan tersebut:

https://m.youtube.com/watch?v=qcENA3UGMKg