“Saya tidak sangka, ia bermula dengan baik. Terima kasih,” Lee Jong Suk

Drama SBS “Hymn Of Death” telah menayangkan episode perdananya pada Selasa lepas (27 November) bagi menggantikan slot drama “Where Stars Land” yang telah tamat. “Hymn Of Death” akan bersiaran untuk tiga episode sahaja.

Setelah tamat siaran perdana drama ini, pelakon utamanya Lee Jong Suk dilihat mendapat maklumbalas yang positif daripada netizen. Rata-rata menyatakan mereka berpuas hati dengan lakonannya yang melebihi jangkaan mereka kerana drama ini adalah bertemakan sejarah dan kisah sebenar. Netizen juga turut menyatakan tidak sabar menantikan episode berikutnya dan kelihatan sedih kerana drama ini cuma dihasilkan untuk tiga episod sahaja.

Namun sebaliknya terjadi apabila, gandingan Lee Jong Suk, Shin Hye Sun dikritik kerana lakonannya yang kurang memberangsangkan serta tidak bersesuaian dengan era drama tersebut. Rata-rata netizen kecewa dengan persembahan Shin Hye Sun yang membawakan watak Yun Sim-deok. Drama ini berlatarbelakangkan situasi serta panorama sekitar 1920an. Untuk episode pertama, drama ini mencatat jumlah tontonan sebanyak 5.9 % dan 6.5 % penonton.

https://www.instagram.com/p/Bqtg0CMhGsj/

Pada 28 November, Lee Jong Suk telah memuatnaik foto beliau di suatu babak dalam drama “Hymn of Death” menerusi akaun Instagramnya. Foto tersebut memperlihatkan mukanya tercedera dan meninggalkan kesan darah dibajunya serta foto yang turut menampakkan Shin Hye Sun. Beserta foto-foto itu, Jong Suk meninggalkan kapsyen “Saya merasakan respon dan jumlah tontonan yang diterima lebih baik dari jangkaan saya. Terima kasih. SBS memang terbaik, semoga terus maju ke depan dengan memberikan lebih banyak lagi drama-drama yang terbaik,”.

“Hymn Of Death” menceritakan kisah cinta tragis yang terhebat dalam sejarah Joseon antara penyanyi soprano Yoon Shim Deok (Shin Hye Sun) dan Kim Woo Jin (Lee Jong Suk). Drama ini juga bakal mengembangkan lagi siapa Kim Woo Jin sebenarnya beserta karya-karya beliau.

Baca juga : 3 sebab kenapa perlu tonton drama “Hymn of Death”

Baki dua episod drama “Hymn of Death” ini akan ditayangkan pada 3 dan 4 Disember depan. Drama ini juga boleh dinikmati menerusi Netflix.

loading...