“Lucky Charm” hadiah solo terbaru Nichkun 2PM buat mereka merindukannya

Khas buat hottest , penyanyi kesayangan semua yg berasal dari Thailand. Artis di bawah naungan JYP entertainment, Nichkhun Buck Horvejkul, yakni penyanyi vokal utama dalam kumpulan 2 pm telah pun mengeluarkan lagu solo terbaru beliau iaitu “Lucky Charm”.

Yang lebih menggembirakan lagi, music video turut sama disertakan buat tatapan peminat. Jangan lupa untuk saksikannya terutama bagi peminat Hottest dan anda semua. Khabarnya, Nickhun juga akan mengadakan konsert solo Jepun tersendiri selepas sesi perjumpaan peminat di Jepun yang dinamakan sebagai 1st Asian Fan Meeting – Khunvitation yang agak memberangsangkan pada tahun lepas.

https://www.instagram.com/p/BnsjXsOlnsG/

Konsert yang diberi nama Premium Solo Concert 2018 – Home’ akan diadakan selama 5 hari iaitu pada 20-22 November di Tokyo Nakano Sun Plaza Hall dan juga 23 – 24 November di Osaka Orix Theater . Tiket jualan sudah mula dijual pada minggu lepas iaitu pada 3 November. Tahniah buat Nickhun kerana berjaya atas lagu solo terbaru.

Sumber: Instagram Nichkhun

loading...