Detik pelancaran lagu solo dendangan Jennie Blackpink

Seperti sudah sedia maklum, penyanyi asal kelahiran Korea Selatan, Jennie Kim atau nama timangannya Nini bakal ‘debut’ secara solo. Hanya berbaki beberapa jam sahaja lagi sebelum musik video beliau dilancarkan.

Jennie daripada kumpulan Blackpink sudah disahkan oleh YG entertainment bahawa beliau akan ‘debut’ secara solo pada 12 November 2018. Single pertama dan Musik video miliknya bakal diterbitkan pada hari yang sama pada jam 5 petang (waktu malaysia).

Pada jam 4 petang, aplikasi Vlive bakal melancarkan satu acara ‘countdown’ secara langsung bertajuk “All about Jennie” bagi mengira masa yang berbaki sehingga Musik Video Jennie dilancarkan di YouTube. Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa ahli blackpink lain juga akan membuat ‘solo debut’ selepas Jennie.

p0

Sedikit fakta mengenai Jennie Kim untuk pengetahuan anda. Sebelum ‘debut’ bersama Blackpink, Jennie pernah muncul dalam MV lG-Dragon yang berjudul “Track”. Beliau juga merupakan antara ahli Blackpink yang lama menjadi pelatih di bawah agensi YG Entertainment. Membesar di New Zealand juga menjadi kunci terbesar beliau fasih berbahasa English dan sekaligus memudahkan beliau berkomunikasi bersama peminat.

Tidak lupa juga sebelum ini dengan kejayaan lagu terbaharu hasil duet bersama Dua Lipa iaitu “Kiss and Make Up” mendapat sokongan yang kuat di hati Blinks (kelab peminat Blackpink) dan mendapat respon yang positif daripada netizen dengan jumlah tontonan di YouTube sebanyak 46 juta tontonan.

Blackpink merupakan kumpulan Kpop yang pertama bekerjasama bersama Dua Lipa. Jennie juga meluahkan rasa teruja menerusi ‘ig story’nya dan terharu apabila beliau dapat bertemu dengan Dua Lipa kerana beliau adalah salah seorang peminat Dua Lipa.

Untuk makluman, Blackpink akan berkunjung ke Malaysia pada 23 Februari 2019 sempena 2019 World Tour Blackpink In Your Area. Sudah pasti berita ini menggembirakan Blinks Malaysia. Nantikan maklumat selanjutnya kelak. Apapun, nantikan kemunculan solo secara rasmi Jennie. Sebelum itu, jom tonton sedutan musik video Jennie – ‘Solo’ .

Sumber : IG rasmi Blackpink

loading...