Onew Shinee diwajibkan sertai khidmat negara bermula 10 Disember

Akhirnya, satu-persatu ahli kumpulan Shinee akan direkruit untuk menjalani latihan khidmat negara dalam menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat negara.

Onew yang lahir pada tahun 1989 dan merupakan ahli paling tua di dalam kumpulan tersebut telah dijadualkan untuk menyertai latihan khidmat negara bermula 10 Disember ini.

Onew pernah membintangi beberapa drama sebelum ini, seperti KBS Decendants of The Sun di mana dia membawa watak sebagai doktor ‘intern’ yang kuat menangis. Pernah terbabit dengan kontroversi melibatkan kesalahan seksual dan kehilangan rakan sekumpulan Jonghyun, ia tak mematahkan penyanyi idol ini untuk terus bergerak aktif di bawah kumpulan yang diterajuinya, Shinee. Shinee berjaya mengeluarkan beberapa album pada tahun 2018, antaranya “The Story of Light” yang dikeluarkan dalam tiga siri sebagai meraikan sepuluh tahun pembabitan mereka dalam industri hiburan.

Sumber: sport seoul

loading...