“Dah masuk 30 tahun, makin runsing kepala memikirkan apa nak dibuat” – Lee Jong Suk

Begitulah kegusaran dialami model bergelar pelakon ini ketika ditemudugakan oleh majalah Elle untuk edisi November ini berhubung tentang usianya sudah mencecah usia 30 tahun.

“Agak runsing memikirkan apabila mengetahui usia sudah meningkat 30 tahun. Saya cuba lapangkan dengan bercuti dan belajar bermain piano selain sedang mengusahakan agensi kelolaan sendiri bekerja dengan orang yang saya suka ,” kata Lee Jong Suk, pemenang Popular Actor CARI Kdrama Awards dengan empat kali tercalon secara berturut-turut menerusi drama popular seperti SBS I Hear Your Voice, SBS Doctor’s Stranger, MBC W, serta SBS While You Were Sleeping.

 

Lee Jong Suk juga telah mengesahkan drama terbarunya ialah “Romance Supplement” atau nama lainnya “Romance is a Bonus Book” bakal digandingkan bersama Lee Na Young, pelakon yang lebih 10 tahun tua daripadanya merangkap bini kepada pelakon Won Bin. Watak yang dipegang oleh Lee Jong Suk bernama Cha Eun Ho, seorang penulis yang bijak dan hebat sehingga dilantik sebagai editor syarikat penerbitan termuda di situ. Cha Eun Ho akan bekerjasama dengan Kang Dan Yi (lakonan Lee Na Young) seorang begitu bersemangat tinggi yang selalu gagal dalam temuduga akibat menipu ‘resume’ dan akhirnya mendapat kerja di syarikat penerbitan buku di mana dia jadi editor.

“Saya tetap akan terus berlakon. Disebabkan saya fikirkan apa yang saya suka, saya juga mahu buat apa yang orang akan suka. Maka, saya dapat tonjolkan diri saya sebenar dalam ‘genre’ yang saya suka ,” tambahnya lagi.

Ditanya apakah yang membuatkan gembira sekarang, Lee Jong Suk berkata , ” Saya mungkin baru tersedar boleh ‘order’ makanan sesuka hati di dalam restoren.”

Sumber: sport chosun , sbs